HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 30, 2009

SELINGAN: daddy..sex tu ape? Something to make you laugh !

xTra vaGanza

jgn tkezut ai boh tajuk n3 camni yer..huhuhu moh baca...bukan nk mcorot eh mcarot..

DADDY SEX TU APE!!!!!
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .

SCROLL DOWN....




































NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... .....
SEX :........... . ......... ........ ....


pssstt : exam time...ai tgh exam 3hr bturut2 nie...so dlm minggu nie sumer n3 auto publish


Monday, June 29, 2009

PEREMPUAN SATU ANUGERAH

xTra vaGanza


Berbangga la kita sebagai perempuan...syukur...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Justify Full
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

pssttt : sok ai exam KPSL @ MITC...4 d first time..huhhuhu camno lah...doakan kejayaan ai...moga2 rezeki anak2...

Sunday, June 28, 2009

Borong lagiks...

xTra vaGanza

we ols mmg jarang la xbeli paper hr mggu..
kadang bli tp xbaca, n kdg beli juz nk tgk pe y sale...
mcm bbraper hr lepas ada sale kt giant 1hr jek..
huggies turun sampai RM30.60..tp pack dh lain pulok.
dulu L72, skunk L68...xpo la..janji sale...
mmg pkai huggies...cutting ok la utk dak2 lasak...
drypers ok gak tp melecet kulit 2 kecit tue...mmg huggies la pilihan..


ha...tgk la sampai 6 pack mr bubu rembat...
3 saiz L, 3 saiz M...
limit 3 pack sorang so pandai2 la ms nk bayr tu kan...mula2 ai byr dulu then mr bubu plak....
alah...diaorg xkisah pon janji lain bil...

dh 2 anak nie, ekonomi pon , mninggi jer la..
"azeem meh blajar pkai sluar dlm..xyah pkai pamper lg yer.."
"nanak..."

tgk sampai nk letak azeem pon dh xtau camno..soker la dia dok tinggi2



kete ai kan "besar" ponuh bonet Viva tue pampers korang jer azeem n eirdiena oiiii


"azeem meh la blajar kencing.."
"nanak..."

Friday, June 26, 2009

Buah time...

xTra vaGanza

skunk musim buah kan kengkawan...
bgayut durian kt pokok..ms nie la we ols skuarga lik kg Lendu..
durian ado..rambutan ado, kuning,merah..
tp my peberet manggis n duku lom lagik musim...
ai siap pesan lagik kt ateh soh bgtau klo2 manggis dh byk..skunk nie br mcelah jer...

n ni adalah pengalaman pertama ai kt dusun..
ai xpenah dengar durian gugur...cam jakun jer ms dgr tue
kebun abah ai kt muo tue buah pisang n kelapa jer...bunyi kelapa jatuh ada ler dgr...

hr tue ai wif adik ipar beria2 cari durian coz dgr cam buah jatuh..skali tu...

"kebun sebelah da...ponek je"



y tgh duduk tue ateh mr bubu..
depan dia tue ada anak sungai..best woo tp lom mrasa lagik mandi..cetek benau...
azeem penah ler




petang2 mggu mmg ramai ler kt blkg nie

xceley, kebun ni tgh otw nk wat homestay...
ada tapak khemah, ada kolam ikan keli,ada dusun..




n ghupernya durian nie peminat azeem..huhuhu buleh ka?,
cam xcayer jer tgk dak bujang tue mkn durian sambil nyanyi
"oh kome durian dh bbunge" (tipu ler tue)...

mmg soker durian y kecit2 jer..lemak, kuning fuh...
besar2 kang xhabis plak mkn b3.
bukan hantu durian pon...

hiarrggghhh wachaaaa

dh kene serang dulu ghupernya...
klo dpt y kucing tdo lg best
(tau ker ape kucing tdo tu,ala y dlm 1 pangsa tu, ada 1 bijik jer...tu la kucing tdi namanya)

kiri kanan dia pegang

mr bubu tgh layanzzz si bujang ku

Thursday, June 25, 2009

Kelapa goncang

xTra vaGanza



fuh...sedap...
fuh...nyaman...
fuh...sejuk...
fuh...lemak...

nie n3 hujung mnggu yer kengkawan...
we ols singgah gerai y sgt fofular area bandar melaka sabtu lepas...
y mnjadi rebutan petang2 buta kt cni..
fofular dgn coconut shake (kelapa goncang)...
ai slaloo balik keje petang,klo lalu pantai, sik tgk gerai nie penuh org...
kdg bratur..
igt jual pe la kan..
rupernya coconut shake jer...
n kuih2 ckit..
tp mmg sedap la klo minum hari panas gni...
air nie blend dgn isi2 skalik..wif ais...
y spesel ada eskrem...
lg mlekat d boom...



mula pesan 1 spesel n 1 biasa...

tp mr bubu xpuas hati coz ai dia nyer xdok eskrem..dgn muker slamber

"kak, nk eskrem gak.."

eskrem y dh ilang dlm mulut mrs bubu
pssst ; kami mmg sbuah kuarga y soker jln2 cr mkn...

Wednesday, June 24, 2009

Beruk a.k.a monyet + kera

xTra vaGanza



beruk naik motor...
sempat candid vontot dia jer...muka dia xsempt nk snap
ni kira cam candid la...
ms lik dr umah nenek kt Lendu, we ols ikot jln kg nk lik umah..
ms otw tue jumper ler aksi nie...




huhuhuh
xsempat snap muker monyet tue,camera lmbt stndby..
happy jer beruk tu naik moto..monyet moden la katakan..
pokcik y bwk tue plak senyum jer...
dia tau dia jd phatian jln raya kot...
hensem tol beruk tue


pssst : cuber tgk kt mirror tue...
azeem happy geler ms jumper kwn dia nie..kekekeke

Tuesday, June 23, 2009

Like father, like son...

xTra vaGanza

sempena Hari Bapa ai cadang nk masak peberet mr bubu...
tp xcukup bahan plak..
jd nya tanya mr bubu dia nk mkn aper...nasib dia nk ayam masak lemak ayam sajork...
n petang ai watkan puding roti...
tp mr bubu xsoker sgt coz manis..
erm...dia udah sebut "bila mama nk wt macakorni cheese lagik?"
halamak kene gak cr cheese y hbis tue..
biler yerk nk tunaikan?

hr ahad we ols xgi memaner...juz cr lauk kt pasar tani Alor Gajah...



pas masak n makan sampai muncit, ai baring wif eirdiena
(bagi lg kaw muncit tue)...
bangun2 jer ai tgk mr bubu tgh ngadap pc nya...
tp ada seseorg y setia temankan dia...
huhuhu
''
"
"
"
"






susah nk tgk dia ngadap lappy dia tue..
kene ada org wt br ler nk ngikot..
bising la mulut dia ngikot lappy tu eja..
tp ntah aper 2 bunyi jer...
azeeeeemm azeeeemmm

Monday, June 22, 2009

Menyelar, mnngesot, mara ke depan

xTra vaGanza
My little pricess dh pandai mnyelor...
(mara k depan ala2 komando huahuahuahua)
semalam petang (21 Jun 2009)..
hari2 mama n abh dia nie letak barang2 y blh jd phatian dia kt depan dia...
semata2 nk soh dia pandai mnyelar/mngesot...
dh 6bulan dh nie...xpndai lagik...
azeem dulu 5bulan dh boleh wat..lelaki kot..
xper..xper..asal adik dh leh wat mama n abah soker...
dan semalam dia telah mnunjukkan ksungguhannya depan mak pak dia nie...
huhuhu
gumbira kitaorg..setelah dia bjaya, dia nangis kpenatan la pulok...


huhuhu syabas la Eirdiena...


we @ Pantai Puteri


"adik xmo naik walker lg mama...adik nk mrayap plak..cuci lantai"

eirdiena mlangkah 1 lagi kmajuan

Bowling hr Jumaat

xTra vaGanza

hr jumaat kan lunch hour lamer...
so we ols 1 opis level 6 pakat ramai2 g main bowling kt Mahkota Parade...
sbnrnya nk elak dr MAMPU n elak dr puan y dok sik jerit panggil2..
lgpon lunch hour kan...
kitaorg cepat seludupkan diri tepat kol 12.15..

huhhu
(lelaki g solat, pompuan g bowling...
urusniaga jual beli waktu solat adalah haram yek...so byr le agak2 pas waktu solat..boleh ke gitew)


sungguh ayu kitaorg2 nie ngan bbaju kurung n spatu boling tue..
mak aihhhhhh
cam dk school jerk...

huduh pon ado..


ala juz soker2..hepikan diri sendirik...
wat ala2 terer giler main bowling tue..
ada y mcm nk pecah lantai tu...
ada y mcm ala2 mls jer nk baling tp strike weh...
ada y tbaling bola k blkg...
ai? mantain baeeeeekkkkk...
huhuhu sakit tangan la pulok...

bak kater kitaorg kt cni.
"mngemon2"


xsesuai....

nk gak tayang pesen baru nie...kasot ala badut



nie acara baling bowling wif zapin

must la posing


gediks...ceh...ada sanggul lintang plak...

bowling vs nk lari

konon terer ler nie

juara2 sedang kusyuk

Sunday, June 21, 2009

Happy Fathers Day to Mr bubu

xTra vaGanza

mama tau abah slaloo wat spot check blog mama...

kali nie n3 khas utk abah dari
mama, azeem n eirdiena...


mr bubu n azeem


mr bubu n eirdiena


seorg abah n anak2 nyer....

thanks mnjadi bapa kepada 2 permata hati kita nie...
Azeem n Eirdiena
tiada hadiah y paling mahal utk abg selain anak2 kita y tiada galang gantinya...
harta boleh dcari tp anak2,
harta y paling xternilai...

wpon kita hidup xmewah, tapi kita mewah dgn bahagia n gelak ketawa anak2...

LOVE U..
SELAMAT HARI BAPA...
SEMOGA JD BAPA Y MITHALI
(eh...nie bukan utk pompuan ker)

azeem n adik cayunk abah...

"abah hepi biler mula2 ms klahiran azeem y 4kg tue...
n abah hepi lagik biler eirdiena lahir..
abah hepi biler abah dh ada sepasang anak dlm usia 25 tahun...."

Friday, June 19, 2009

yeah...ceria idupku...

xTra vaGanza

yea yea..
boley bukak
yea yea...kembali CERIA (channel 611).....
yeeee hahhhhhh
xtau pe nasib fs, myspace n dll coz still hang...

Bukan senang nk senang...

xTra vaGanza

Lamer xupdate pasal our biz..our 123 Venture Sdn Bhd.

lately byk mender y kene mr bubu setelkan...skunk br tau betapa susahnya nk bina empayar...chewah...

insyaallah..

bukan senang yer kengkawan...kecuali la org tue ada byk duit n xtau nk curah kt maner...sumer mcm petik jari...

huhuhu

bg org2 y br nk mula mcm kitaorg nie, byk betol dugaan...

kezutan demi kezutan dtg (mcm AF plak)...tp sumer tu mcm dugaan n cabaran dlm mbina pniagaan..

Allah nk tgk kita ni sabar ke x...putus asa ke x...

ai kagum dgn mr bubu...suami ai tue..

coz ai sndri dh mcm fedup..tensen..n bagai2..

tp dia cukup cekal n tabah...dia nie jenis klo nk wt something, dia akan wt sampai bjaya...dia akan buktikan pd org2 y jatuhkan dia...

erm...agaknya mcm nie la org biz kan..

mcm nie la pengusaha hotel ker, kdai mkn ker, SPA ker...musti ada turun naik...kami y br nk mula ni pon dh mula byk cabaran...

doakan kejayaan kami sekeluarga..

mr bubu kata nie sumer utk anak2...

n kata2 ai plak utk mr bubu:

jgn sesekali lupa diri..blajar dr org y bpengalaman...

jgn pandang remeh..jgn dgr ckp org y useless,

n ayang bukan minta dhargai tp skurang2nya igt, ayg ada masa abg dlm ksusahan sekarang...insyaallah sampai biler2...

sebab, abang suami ayang...LOVE U..

(halamak jiwang sudah...)


Lot F-03 Mydin Mall





wif Persada Atina Holdings utk wat layout y memakan RM*****

kedai y dh dtutup dgn plywood

Thursday, June 18, 2009

Block, batu blok, Blok A or blocbuster...

xTra vaGanza

huuhuu nk ketawa ker nk sedih ker nk murung? y pasti hari2 ku pas nie xmeriah ar....

pagi nie opis ai ada date ngan MAMPU..huhuhu
byk2 jbtn n kmenterian, opis kecik ai gak jd pojaan hati diaorg...
kene STAR RATING la beb....
byk d cekadak..
nk soh wat itu, wt ini...
smnggu opis ai kucar kacir...kdg bos soh tglkan keje harian smata2 bintang nie...
ai elak2 gak..
member2 pon heran naper bos y lalu lalang kt blkng ai tu xsoh ai wt keje,
mcm xnmpk ar..halimunan ke haper...
keje sndirik pon byk..

mlm2 buta smlm my bos tipon tny ada printer kaler ke x..
ai punyerla jujur, leh plak jwb ado...
ink kaler kan mahal..nk print lak tu byk..
sudahnya, pg2 suboh td, bos ai smp depan umah kol 6.15pg!
smata2 nk pkai printer kaler..
nasib mr bubu g kl..klo x, kan dh mganggu rumahtangga org huhuhu
maklum ler cwngan2 kecik nie, susah nk dpt peruntukan bli barang...
printer kaler xdo..scanner xdo...sofa pon xdo...tv xdo..radio xdo...kdg nk boli ink printer opis pon sosak..
alasan hq, no peruntukan..duit habih...huhhhh
pandailer HQ nie...cam ler kitaorg nie xpenah dok HQ...
diaorg xadil...


so pg nie ai lewat ke opis dlm kol9 gitew...ai sorg jer xcuse... huhuhuhu
nnt bos sign ler punch card ai tue...

alkisah y wat xceria nie, td ms ada free ckit ai nk jengah le blog...
jwpn : cannot fine server
friendster : acces denied...
bila taip JPA fuh...lom enter dh kuar...
halamak...nk bukak email pon agak2 lombab then xblh bukak trus...
adakah ini 1 petanda y ai kene ngadap doc bancruptcy opis ai ni spnjang 9jam bkerja?
misteri...
br kuar paper smlm, hr ni dh block ker weh...
tu la...
saper soh mtenet waktu kejer lebey2...
ai x eh...sskali jer..
huhuhuhu.

kita tgk esok...adakah kembali normal?

KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL…

xTra vaGanza


KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL…

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan. (baru boleh feel n nak nangis hehe)
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku,
"Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku,
"Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu,
terutama yang unggu,
FAMILY Adakah kamu sedar,
sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
ok kengkawan, jom balik awal ek...

Wednesday, June 17, 2009

ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST!

xTra vaGanza


ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST bermula 4/6 ~ 30/6/2009
SYARAT-SYARAT PERADUAN :
1~ follow ZARRA SHOPPE.
2~ add ZARRA SHOPPE di bloglist/blogroll anda.
(penyertaan terbatal jika gagal berbuat demikian!)
3~ review berkenaan ZARASHOPPE di blog anda dengan tajuk

ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST (hanya title ini sahaja di terima)

4~ upload gambar anda bersama ayah anda atau suami bersama anak serta ceritakan momen terindah anda/anak anda bersama ayah/suami anda!
(satu gambar sahaja diterima!)
5~ tinggalkan link berkenaan contest di entri ini beserta email address
6~ keputusan pemenang akan di umumkan pada 1/7/2009
HADIAH?
*
*
*
Pemenangnya akan di hadiahkan Louis Vuitton DAMIER CANVAS WALLET
bernilai RM95
yang akan di hantar terus kepada ayah anda atau ayah kepada anak anda (suami)sebagai kejutan
beserta father's day card ( kata-katanya tentu dari anda ya!)




meh meh kita skodeng.. tgh giler contest nie..xpenah putus asa.


ini adalah kali k2 ai ptaruhkan pic azeem n abahnya (mr bubu)

coz...ai soker bangat pic nie...

pic ni amik masa lik kg kt muo...mmg dh jd xtiviti 2branaks nie naik moto vespa atok aji kliling taman...mmg diaorg soker bkepit...

mandi pon bersama tau....jeles ai...

ai rasa, momen trindah antara diaorg tentulah ms azeem lahir...anak ptamakan...plak tu 4kg...vangga gtu mr bubu...

n ai rasa patot dberi phargaan ialah ketika mr bubu jg azeem di wad ms azeem operation hernia pada umur stahun 4bulan...mmg mr bubu la paling setia samp ke bilik operation coz ai dh sarat ms tue...

mr bubu bjaga bila azeem nangis sakit...sapu ubat...mr bubu gak y kejutkan azeem dr tdo dbilik operation tu..

n skrg dai la abah y paling hepi coz telah dkurniakan sepasang cahaya mata dari Illahi..

SELAMAT MENILAI...

Pesanan Isteri Untuk Suami..

xTra vaGanza

WAHAI PARA SAHABAT SEKALIAN PARA SUAMI SEKALIPUN YANG BAKAL MENJADI Justify FullSUAMI. MUDAH-MUDAHAN PESANAN INI DIMANFAATKAN BERSAMA UNTUK KERUKUNAN DALAM MEMBINA KELUARGA BAHAGIA..

KESINAMBUNGAN PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI YANG DISAYANG..

* Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

* Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali2 kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

* JAGALAH MARUAH ANDA SEBAGAI SUAMI DAN LELAKI. SELAGI BOLEH, JANGAN BEBANKAN ISTERI DENGAN MASALAH KEWANGAN ANDA. SELALUNYA PEREMPUAN NI SEMAKIN SUAMI "DEGIL" TAK NAK MINTA PERTOLONGAN, SELAGI ITULAH DIA RELA NAK TOLONG (LAINLAH KALAU ANDA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN KEDEKUT).

* JANGAN BERSEPAH DAN BERSIKAP PENGOTOR. DAH BUKA BAJU, LETAKKAN DALAM BAKUL BAJU KOTOR, DAH CUNGKIL GIGI, BUANGLAH DALAM BAKUL SAMPAH, BILA DAH GUNA UBAT GIGI, BUBUH BALIK PENUTUPNYA, DAH AMBIL SESUATU BARANG, SIMPAN BALIK DI TEMPAT ASAL. SUSAH SANGAT KE NAK BUAT MACAM TU? SEMUA NAK KENA AJAR KE? (erm...mr bubu sila amik phatian yer pas korek tlinga...)

* Rajin2lah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

* Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

* JANGAN MAIN KAYU TIGA. MAIN LAIN LAGI TAK BOLEH. KALAU ISTERI ANDA YANG BUAT, TENTU ANDA TAK BOLEH NAK BERTOLAK ANSUR. JADI MENGAPA ISTERI ANDA KENA BERTOLAK ANSUR KALAU ANDA BUAT..?

* Kalau isteri nampak tak sihat, cepat2lah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

* Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

* Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

SELAMAT BERBAHAGIA DAN BERSAMA MEMPERBAIKI KEKURANGAN YANG ADA DALAM DIRI.. WASSALAM

Tuesday, June 16, 2009

FACEBOOK MILIK SIAPA???

xTra vaGanza

copy from email yer kengkawan....




Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti
post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana !! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.
Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!



Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?




1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U

so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Monday, June 15, 2009

Contest lagik...Daddy's Dearest Contest

xTra vaGanza

muahahachachacha...ai giler contest...
pantang nmpk n pantang lepa...musti nk try...
kan nk fathers day kan next week, so byk le blogger y wt contest...
wpon penah join contest tp tewas, ai xkan putus asa...
chayyok utk diri sendirik......





kali nie contest dr blog Isabelle...frankly
Daddy's Dearest Contest ye utk parent2 luar saner...click jer yer...
cam biasa kene jadi follower dulu...n link n3 contest ni ke blog Isabelle nie...
meh ai copy ckit pe dia kata...

1. Add Isabelle...frankly in your blogroll@bloglist and become my follower.

2. Write a short entry in your blog about this contest (it could be in Bahasa Melayu or English - up to you) and put up the Daddy's Dearest banner (above).

3. Upload a creative/dramatic photo of the father with son/daughter and explain why do you think your picture is unique.

4. Include a link back to this blog and this contest in the entry.

This blog - http://thesnowwybear.blogspot.com/
This contest - http://thesnowwybear.blogspot.com/2009/06/daddys-dearest-contest.html

5. Tell me about your entry by leaving a comment here with the link to the entry.

*The prize would be something special for the moms (as I believe only moms will spend time to do this...hahaha*

Terms and conditions

  • This contest is only opened to Malaysian bloggers only.
  • The contest starts on 1st June 2009 and ends on 19th June 2009.
  • You must put the required links in your entry. Else, it will be disqualified without notice.
  • Winners will be selected based on the most creative pix that resemble daddy-child closeness.
  • Judge’s decision is final and no correspondence will be entertained.
  • Winners will be announced in this blog and will also be contacted via email.

meh kita tgk plak pic y ai ptaruhkan cheeewah...

xtually pic nie kt umah mak abah ai di muo..
.anak2 ai mmg pantang tgk abahnya kuar...mr bubu plak mmg jarang kuar sorang..
musti dok kelek anak2...klo xbwk 2-2, bwk salah sorg...ai jer y kene tgl slaloooo huaaaaa....
tp klo kuar naik moto, azeem jer la y dpt chance tue..
eirdiena lom bley lagik...

ai choose dis pic coz ai rs mcm mnarik la,u ols plak pk camno?...
ni plak pic d latest...mr bubu n azeem samer2 in orange kaler...
naik moto antik atok aji lagik...mmg moto nie slaloo jd mangsa diaorg jenjalan pusing taman...
wpon atok aji ada skuter Netro, Vespa nie tatap mnjdi pojaan hatiku.....



k pic atas tue adalah pic y dpertaruhkan...
n bwh nie plak, selingan sajork k...


btungkus lumus mr bubu dok setat vespa atok aji nie...
adeh...ai y tgk pon mcm nk sempot....
klo ai la dok tendang, mau esok pon lom tentu si azeem naik moto tue...
muahahachachacha

okeh...slamat menilai yer mama Isabelle
Related Posts with Thumbnails

Popular ker..