HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 30, 2012

SELAMAT haRI pEKERJA...

Bismillah...
xTra vaGanza


Selamat Hari Pekerja ye sume....
ai dok umah je...
Mr bubu kojer...
double double double...
keje bininya gak y nk perabihkannyakan...

Bile balik muo, musti gatal carik mkn..

Bismillah...
xTra vaGanza

WAHHHHHH...
ada masyuk kan org gomen..time2 nie la still leh blanja anak2 n incik somi mkn2 lebih2 cikit..

next2 incik somi gaji, dia lak blanja mkn kan...
gilir2 la kan...

smlm pagi lik muo jap...balik kejap je, mlm dh lik Melaka...
sempat la la ronda2 muo tu...kebetulan ada karnival kt Dataran Emas tu...so bile mlm mula la lapor...
mr bubu y decide nk g Mango Corner coz dia tau, ai dok ngidan Lamp Chop...
kedai nie betul2 dekat ngan skolah Sri Muar..(org muo tau la kan.)
byk barang2 antik kt cni...




ai nyer hidangan je y special..dorang2 sume order y biasa2 je...
tp byk gak tangan2 gatal y ngecek...
hidangan dah le ciput..tangan2 gatal byk kali lak dtg..


 gerammmmmmmm...
geram nk terkam...lama aku tg nk mkn kau...


bila balik muo la, nk cr mknn2 peberet...
nk cari mee bandung, cari cendol, cari sate, cari asam pedas, cari soto, cari lontong..

kt Melaka bukan xde, tp xsetanding dgn tempat kelahiran...

Wednesday, April 25, 2012

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

Bismillah...
xTra vaGanza

1- Surah Al-Fatihah ...dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

Tuesday, April 24, 2012

Cacar air/ Cicken Pox semasa kehamilan

Bismillah...
xTra vaGanza


opsssssssssss..dgn mbaca tajuk nie, jgn la plak pikir ai preggy...
no  on no...belum lagi..
cuma , ai penah gak kene cacar air nie ms pregnant 12 mggu si Azeem ...
Alhamdulillah..baby dlm kandungan selamat, sihat tubuh badan n lahir 4kg...
ai kene cikit je, tp jangkitan tu telah dtanggung oleh MR bubu! hahahaha
kuasa Allah kan...
risau gak klo2 kandungan ai bmasalah masa tu...

..Jom sharing2 pengetahuan..

Oleh kerana cacar air boleh menjangkiti semua orang pada sebarang peringkat usia – baik kanak-kanak kecil mahupun remaja, dewasa dan warga tua – risiko wanita hamil bertemu dengan penghidap virus Varicella-zoster adalah sangat tinggi. Keadaan ini amat membahayakan jika anda belum pernah menghidap cacar air.

Bahaya kepada anda. Cacar air semasa dewasa mungkin membahayakan dan boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang peparu atau ensefalitis, walaupun keadaan sedemikian jarang berlaku. Kesan parut pada orang dewasa juga lebih teruk.

Bahaya kepada bayi anda. Jangkitan cacar air yang berlaku pada peringkat awal kehamilan menyebabkan kecacatan semasa lahir, berat lahir yang rendah atau kecacatan anggota pada janin. Jika anda dijangkiti seminggu sebelum melahirkan anak atau dalam tempoh sepuluh hari selepas beranak, jangkitan tersebut boleh mengancam nyawa bayi baru lahir.

Jika anda hamil dan belum pernah menghidap cacar air, bincanglah dengan doktor tentang risiko anda dan janin anda. Minta suami dan anak-

anak anda (walaupun mereka sudah mencapai usia remaja) untuk mendapatkan vaksin bagi mengurangkan risiko mereka menghidap penyakit tersebut dan menjangkiti anda. Vaksin cacar air untuk dewasa meliputi 2 dos yang diberikan dalam selang masa 4 minggu

Monday, April 23, 2012

Azeem bsukan di Tadika Jaim Bertam Jaya, Melaka

Bismillah...
xTra vaGanza

Jumaat lepas, tadika Azeem de wat sukaneka..
ai la org y paling xcited sbb nk tgk anak bsukan...
(maklumle, ni la anak sulong y br masuk skolah)

so Jumaat lepas, mintak kbnaran kt Tuan nk lik awal..siap tunjuk surat utk ibu bapa..ye la, takot dia xcaye lak kan...

dlm surat soh dtg kol 2pm..tapat kol 2 pm ai dh tcegat kt ctu...
opssssssssssss kami btiga je ye..mr bubu keje...
dia bukan org gomen mcm ai y cikit2 nk mintak cuti...cikit2 nk mintak balik awal..
so, org gomen, bsyukurla korang jd org gomen...nk kutuk2 pun pada2 la..

erk..jauh dh tsasar..

tgk budak2 keci bsukan mmg kelakau kan...
y wat lg kelakau, mc petang tu..sore dh la dia wat mcm Ibrahim Pendek..
ada2 je lawaknya..

Si azeem lak, pantang nmpk ai, sure happy gile sambil lambai2 tangan..
xfocus langsung pada sukan

see see..dia dh nmpak ai


mula dah peel gigit kuku


tabik spring kat budak kecik nie..bc ikrar...hafal tu..


ni la mc y suke wat lawak

acara Menguntai Straw

tetibe si azeem leh ilang..rupenya dia naik gelongsor..
ilang focus lagi...


sedang ai sibuk2 nk snap2 pic, si diena lak dh mcm nk ttdo..
mujur ada carseat dlm kete..so kuarkan n letakkan kt bawah khemah..
dlm bising2 pon dia leh bantai tdo


 acara membawa belon air..lari pon ketawa2

tgk...nmpk ai je senyum sambil lambai2..
tp musyikil apasal tangan tu kat pipit..nk kencing ke?

nmpk mama lg...

ni dh nk ending dah...dah nk kol 6pm..budak2 masing2 dh penat..blengas..
ai dgr azeem jerit.."cikguuuuuuuuuu panas la..."
putera lilin la katakan..cepat cair

azeem dgn pengat-pengatnya...hehehe (pingat)
3 je...ala, medal bkumpulan je.bukan acara individu

pe2 pon, ai hepi...dpt jumpe cikgu kelas dia..Cikgu Maisara..
tanya la gak pasal dia dlm kelas..
kata cikgu, dia nie kadang khayal dlm kelas..(alahai) tp bila cikgu tanya, dia leh jawab...
camno tu?.
Alhamdulillah skrg leh hafal surah Al fatihah. Surah An-nas, Surah Al-ikhlas, surah wal-as..
kadang siap dgn maknanya skali..time tu, ai plak blajar dr dia!

setiap ibu bapa, mahukan y tbaek utk anak2..mahukan anak2 cemerlang...
setiap pkembangan mereka pasti mahukan y mgembirakan..

Friday, April 20, 2012

Pe yang wat sesak Melaka minggu nie nnt?

Bismillah...
xTra vaGanza


Rakancop dijemput ke
Karnival "Crime Awareness Day"
sempena Peringatan Hari Polis ke 205 di Dataran Pahlawan, Bdr Hilir,Melaka

21-22 Apr 12, jam 9pg-12mlm -


sesak la Melaka minggu nie
hr nie pon dh mula sesak

Wednesday, April 18, 2012

Please, Help, tolong

Bismillah...
xTra vaGanza

Mood berblogging saya telah hampir tkubur sekarang nie...
ada benda nk criter, tp xde pic jd xberapa syiok..

kadang nk criter, masa plak tiada..

lama2 mood makin kurengggggggggg

Help la saya nie...

Tuesday, April 17, 2012

Test Drive Proton PREVE

Bismillah...
xTra vaGanza


Smlm dpt info y kete PREVE akan launch...
kwn mr bubu dr Proton pon ada calling2  bgtau PREVE dh de kat showroom Proton

Oleh sbb Melaka cuti Isnin smlm, mr bubu plak shift mlm, so gedik2 la ajak dia g tgk..
dia pon teruja nk tgk

igtkan dpt la Test Drive...tp dok dlm slimut lagi da...
sbb belum launch...nk test drive kene tg launch


dapat tgk je pon jadik la...
erm...cun giler..tip top gak buatan Mesia ni...inspirasi from Italy..
sebutannya `Pre` -`Vey` (pkataan Italy)

rege dari serendah RM59 990 (premium-manual) hinggalah semahal RM 79 990 (excecutive auto)

mr bubu kira2, full tank xde la tekan sgt..dlm RM80 lebih kurang (anggaran agak2, tgk spec)
kelajuan blh sampai 180km/j..

model Executive mmg canggih...dh mcm BMW pon ada.

erm...ada minat?

sesape dok Melaka y tringin nk menerai leh calling2 ai...
nk trade in ke, nk angkat sjibik ke...

call me k.. (sempat iklan ye)

Cintailah Buatan MALAYSIA

Thursday, April 12, 2012

Petua Elakkan Kulit Berparut

Bismillah...
xTra vaGanza



Dalam masa 3 hari pertama selepa...s bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barut perut seperti biasa. Pada hari ke 4 sehinggalah selepas tempoh berpantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika sentiasa mengamalkannya nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut.

Monday, April 9, 2012

Kene amik Tong Sampah percuma tu

Bismillah...
xTra vaGanza

penuh wall FB n blog dok citer pasal Aaron Aziz yang menang ABPH tu
malas nk tepek pasal mende tu gak..mende y sama je
post update kt FB je

tp hari nie ai nk citer pasal tong sampah percuma y diagihkan secara percuma oleh SWM Environment Sdn Bhd (Melaka)

mmula ai pikir, malas nk amik tong sampah pcuma nie..sbb ai penah de tong sampah mcm nie dulu, cuma besar lg...y xbestnya, jiran ai tompang sekaki buang sampah dlm tu..
lg xbest, sampah isi ikan lak tu..busuk woooooooooooooooooo umah ai..

tp smlm, ai tgk jiran ai tu dh de sbijik..dia lak pg2 dh soh ai mik skali...

mr bubu dh le keje smlm..pikir2 nk timbang2, muat kot tong tu dlm kete















nah!  kete masih baru, tp ai dh sumbat tong sampah gni..nasib tong tu muat n bersih tau...
gigih la ai dok angkut masuk kete sorang2..dak kecit dok depan tu jd mando je..




kata member ai, klo xmik tong nie, nnt majlis xkan amik sampah2 y dlm tong itam biasa y kita pakai tu..

Wallahualam..

Sunday, April 8, 2012

Sanggul tinggi phalang bau syurga

Bismillah...
xTra vaGanza

TOLONG TEGUR, DAN SEBARKAN KAWAN2 WANITA KITA YG PAKAI TUDUNG SANGGUL TINGGI......!!!!!

REALITI UMAT AKHIR ZAMAN.. MasyaALLAH.. Mengapa? Walaupun kita tahu hadis Nabi akan SANGGUL yang TINGGI ni, namun masih tetap dilakukan.. Mengapa?? Mengapa?? Cantik ke sanggul?? Nak dapat perhatian yang bukan muhrim?

masyaALLAH,.HENTIKAN SANGGUL!!.Mungkin berasa ''yakin'' apabila menyanggulnya.. La Ba'sa ayuh kita baca pengertian tabarruj di sini.. Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dgn berlenggang-lenggok atau memperelokkannya.

Ada juga yg mengatakan bahwa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya lalu terlihatlah rantai leher, anting2 & lehernya.

Pendapat lain pula mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yg sepatutnya wajib ditutup.

Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu & jgnlah kamu berhias & bertingkahlaku (tabarruj) spt org2 jahiliah dahulu.

Monday, April 2, 2012

18 sebab jin merasuk manusia

Bismillah...
xTra vaGanza

18 sebab jin merasuk manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
...
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
Related Posts with Thumbnails

Popular ker..