HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 14, 2010

Apa jadi chimpanzi Jacko?

Bismillah...
xTra vaGanza

KEHEBATAN raja pop dunia, Michael Jackson atau Jacko memang tiada tolok bandingnya. Populariti yang dicipta beliau sejak menceburi bidang nyanyian lewat 1970-an membuatkan Jacko cukup dikenali ramai hingga mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.

Hakikatnya, lagu popular seperti Beat It, Billie Jean dan Thriller masih lagi malar segar walaupun Jacko sudah tiada di dunia ini selepas meninggal dunia secara mengejut pada 25 Jun tahun lalu.

Dalam kalangan peminat setia, peninggalan Jacko bukan hanya pada karya lagunya semata-mata malah juga dengan insan tersayang seperti anggota keluarga, rakan artis serta harta benda milik beliau.


Begitu juga, sikap manja Jacko terhadap haiwan jinak kesayangannya iaitu Bubbles - monyet spesies chimpanzi yang sangat tersohor suatu ketika dulu.


Menariknya, Bubbles yang diambil dari satu pusat penyelidikan di Texas pernah mengiringi Jackson menerusi pelbagai acara seperti menjayakan konsert Bad World Tour di Jepun pada 1987. Jauh daripada itu, Bubbles juga sangat bertuah kerana dapat tinggal bersama Jacko di kediaman mewah, Neverland Ranch.


Sepanjang hubungannya dengan superstar handalan itu, Bubbles menjadi perhatian selama enam tahun. Bagi peminat Jackson, saluran Animal Planet (Saluran Astro 556) kini membawakan program dokumentari istimewa yang mengimbau kembali kenangan Jackson bersama Bubbles. Menerusi program Michael Jackson And Bubbles - The Untold Story, penonton berpeluang menyaksikan adegan mahupun cerita yang belum pernah dipertontonkan kepada khalayak. Dalam program ini juga, mereka yang menjadi saksi persahabatan itu termasuk kakak Jackson iaitu La Toya tampil berkongsi pandangan.


Pendedahan program ini mendalami aspek psikologi di sebalik keprihatinan Jackson terhadap Bubbles mahupun haiwan jinak lain. Dalam kisah ini, ia turut memaparkan bagaimana kehidupan Bubbles seterusnya selepas tidak lagi dijaga Jackson. Apakah yang berlaku kepada Bubbles? Paparan secara eksklusif ini pastinya membuatkan peminat tersentuh melihat persahabatan erat antara Jackson dengan Bubbles. Kepada peminat dan penonton setia Animal Planet, jangan lupakan saksikan program ini yang akan ditayangkan pada 23 Oktober ini, jam 10 malam. Siaran ulangannya ke udara pada 30 Oktober, jam 4 petang.


JOM TGK TV....

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Popular ker..