xTra vaGanza
byk plak pic2 artis dgn air setan skrg ni...tp bila kantoi mula la jwb dia xusik kononnya ir tu..cuma menghadiri majlis je
mcm kes apek Khairul Che mat tu...bohong la xusik...
cuba bc apa kata mufti...
KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.
“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.
“Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu.
klo dah tau ada air tu,cepat la balik...
nk tg setan mnggoda soh minum ke...sure ke xminum?
1 comment:
dah tahu ada mendealah tu, wat per tunggu lagi kan, balik umah la cari air kopi, lagi sedap kan.. iskiskisk
Post a Comment