HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 22, 2013

Merewang wif anak2 ke KLCC

Bismillah... 
xTra vaGanza

Klo dh balik Gombak, xjenjalan mmg xsah...
klo nk balik Melaka, xkan nk tros mnonong balik je kan...harus la mkn angin n buang angin

xjauh, g KLCC je..
punya la lama xg sini...
slalunya dok round luar je...xmasuk pon...xde pe nk cari..
Chinese New Year hr tu, ntah mcmana pegi mlapangkan masa kt cni plak...
layan anak naik train..
(Melaka dh de monorail pon xpnh try..)







mlayan dorang bgambar je...
Azeem la y paling suker bila nmpk KLCC...
sbb slalunya dari Melaka ke KL dia dok la ngendeng kt mr bubu nk g cni..
tp xbkesempatan

Wednesday, February 20, 2013

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Bismillah... 
xTra vaGanza


Ada sesiapa blh bg pengesahan or pra-pengesahan?
Andai ini tidak benar n sekadar omong-omongan kosong

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). 

Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

Wallahualam

klo betul, maka bperang la org gomen dgn org swasta

mpertikaikan hak n mutu kerja

Mahal sikit dari biasa

xTra vaGanza
Bismillah...


Sejujurnya, dia xpernah mnyarungkan jam mahal ke tangannya, katanya..
ye, mmg ai akui, dia pkai jam 10-20 hengget je..
katanya, klo rosak or ttinggal, xde la ralat sgt..hahha
dia bukan org y mmilih jenama..ye, dia sempoi..
yang penting dia blh tgk waktu katanya... 


B4 raya cina hr tu, kan byk  jualan murah...ada gak dia tgk2 jam y gile2 diskaunnya kt AEON. 
ai tau dia bkenan, tp dia masih bkira2 nk mbeli
kbtulan plak jam 10 hengget dia rosak...tu y dia tgk2 tu

ai offer kt dia "Syg nk bli jam tu, bli la...mahal cikit je dr biasa..bila lg nk mbeli utk diri sendiri"
selama ni dia mmg lebihkan kami dari diri dia sendiri...

Klo jam 10 hengget dia xrosak, belum tentu dia nk bli jam POLO tu
(ala, xde la mahal manapon POLO tu banding brand lain, ada less lak tu)

dah siap pilih2 y bkenan dihati, ai bayar n dia terus je pkai... huhuhu

sebenarnya dia tau duit y ai bayar tu adalah duit dia
(duitmu duitku jua..hahahaha)
tapi dia tetap ucap 
'TERIMA KASIH MAMA'
bibirnya xpernah kering dengan ucapan maaf dan terima kasih...




Jgn kata ai control duit dia ye...ai cuma Menteri Kewangan dia sahaja...
huhuhu

Tuesday, February 19, 2013

Nasi Beriani Power Batu Pahat

Bismillah...
xTra vaGanza


Selain Nasi Beriani Md Shah y dekat Jambatan BAtu Pahat tu,
ai dh de port baekkkkkkkkkkk punyer
 blh tahan sedap gak, lauk2 nyer mjilat jari u ols....
ni pon member opis dr Johor bgtau...bpusing gak mcari
Area Taman Soga...

kt Melaka pon ada branchnyer dlm Tesco Bandaraya..
tp ai tgk mcm xde sambutan je...
xmcm kt Batu Pahat nie...sentiasa penuh...myb originality itu penting
branch2 ni kdg xsama rasanya..
entahla, ai xpenah rs y kt Melaka. lalu2 je

 



sirap bandung cincau wif soda mmg superb
 

Monday, February 18, 2013

Fraser Hill yg tejuk sgttttt

Bismillah...
xTra vaGanza


Cuti mggu lepas punyer citer

xtau la pe y best sgt kt Fraser Hill ni..
masuk nie dh 3 kali naik cni...
stakat wat pening2 lalat je naik cni...


utk org honeymoon blh la...mcm ai dh de anak nie, agak2 boring...
tambah plak masa dtg nie hujan...
super giler sejuk...
dtg xplan, mmg xbwk sweater la kan...
anak2 pon ksejukan..
xtau la sape punya idea y bernas sgt nie...sik la kata "Timing bagus naik cni"





oleh sebab time cuti Chinese New Year, org punya la ramai...
nk mkn pon susah...


see, byk kete...sesak cikit kat jam tu


pas makan, lepak playground cni...kabus tebal betol
dh rs mcm kat Switzerland plaks...bila bcakap berwap2...haha



relaks je xpakai weater...
hahaha..

Friday, February 15, 2013

Keburukan soya yang kita tak tau!

Bismillah...
xTra vaGanza

Wallahualam......



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! banyak tu…

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Thursday, February 14, 2013

PicnicPanic Air Terjun Serendah, Rawang

Bismillah...
xTra vaGanza

Cuti Tahun Baru Cina kali ni mr bubu kbtulan off day...
so dapat la kami bjalan sakan wpon duit xberapa nk ado...hahaha

pesen mr bubu ni suke g air terjun, pantai.... tp bukan kolam buatan

puas la mr bubu n adik2nya mgoogle mana air terjun y best area KL or Selangor..
pendek kata, xberapa jauh la dr Gombak

so ntah mcmana dpt Air Terjun Serendah nie...
Area Rawang n tempat penempatan orang asli...

so far ok la, xde la curam2 y bahaya..cuma air terjun nie je...
area air terjun je dalam...peh tu, landai dah...





gaya mcm main pasir kt pantai jer..
 


Thursday, February 7, 2013

Takziah utk keluarga adik Ahmad Adam Syukri

Bismillah...
xTra vaGanza

Jujurnya mmg ai tidak berapa mengikuti perkembangan baby Adam nie..
sesekali jumpe di page or FB kawan2, biasanya akan singgah n bc pkembangannya...

akhir2 ni dia nmpk makin gebu je...
tp siapa tahu ketentuan Allah...
 Marilah kita sama2 bdoa dan sedekahkan
Al-Fatihah..


Takziah utk keluarga Adik Adam Syukri

♥ Ahmad Adam Syukri lahir pada 4/3/2012 dan telah mengalami brain damaged (sivere hie) atau lebih di kenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Adam juga perlu bergantung pada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur. Mata kanan Adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga kanannya yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya. doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang unyuk berjalan dan hidup sepertikanak2 normal amat tipis.Dokor pakar otak megklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.
♥ Sumber FB Ahmad Adam Syukri .

Rahsia Isteri

Bismillah...
xTra vaGanza

" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk s
yurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

 

Wednesday, February 6, 2013

Spesis kuda apa la ni

Bismillah... xTra vaGanza
Apa punya spesis la.. biasa pkai bateri.. ni kene henjut, henyak, mcm naik kuda btl br gerak.. mcm kelakar je... skali naik RM 3 kt Menara TamingSari.


xlame pun dorang naik,sakit vontot.. dorang xreti adjust kuda tu

Friday, February 1, 2013

Tips Cinta Suami Isteri

Bismillah...
xTra vaGanza

♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari se...hari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Dipersilakan Share ♥
Related Posts with Thumbnails

Popular ker..