HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN

Bismillah...
xTra vaGanza



SALAM RAMDHAN AL MUBARAK

untuk semua umat islam...



igt...jgn mbeli ikot nafsu...
igt,bangun sahur...

Mengharapkan sesetia ini

Bismillah...
xTra vaGanza

To Mr bubu sempena Anniversary kami yang ke-5
29 Julai lepas


MAHER ZAIN-THE REST OF MY LIFE




ai harap ai sesetia ini...
ailg mharapkan mr bubu sesetia ini juga

Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia

Bismillah...
xTra vaGanza


KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Mujur kursus tamat 28hb!

Bismillah...
xTra vaGanza

kenapa?kenapa?

sebab smlm...
29 Julai 2011

Ulangtahun perkahwinan yang ke-5 !
mujur la kursus tamat 28 julai...

petang khamis, selepas ai sampai umah, kami cuma celebrate dgn 2 potong kek sahaja...
selebihnya byk mluangkan masa berdua sahaja...

azeem n diena kan kt umah atok aji...(muo)

its time to honeymoon la kan...hehe baguskan timing







5 Tahun adalah angka y masih lagi muda...
tp 5 tahun ini la y menguji ketabahan dan kesabaran ai sebagai isteri...
bermula dr mr bubu dbhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi, hinggalah kegagalan dlm perniagaan...

ai masih setia mjadi tulang rusuknya...
Allah masih kurniakan kami kebahgiaan dan kesabaran...masih kurniakan kami rezeki...
wpon bukan rezeki dlm bidang perniagaan...
Alhamdulillah...
ai amat bsyukur dkurniakan suami y penyayang dan romantik slaloo...



buat masa nie, biarlah sepasang
Hero dan Heroin ni


Friday, July 29, 2011

Mcm rekrut yang baru balik..

Bismillah...
xTra vaGanza


ai br balik dr kursus kt PGA uosl..
(Pasukan gerakkan Am, Ulu Kinta Perak)

pergi dan balik dgn selamat..
laju gile abg polis bawak..bayangkan,Melaka ke ulu kinta cuma 3 jam setengah!
termasuk berhenti 2 kali membesey...huhu
mmg laju tp cekap gile...mau kecut perot guwe...
ai xtdo pon selama pjalanan tu...sbb kecut pewot..

kursus kt PGA nie xde la train mcm rekrut...xde kene kawad pon..tp ada masuk hutan.
y paling best,pas makan, basuh pinggan sendiri..kuikuikui

mana ada kursus jbtn2 lain mcm nie...slaloo dok hotel2...jarang la..kecualiBTN mungkin

kali nie, nah! rasakan...
tempat tinggal? we ols dok dorm ye...mcm budak2 asrama...panas weh...
mlm pertama sampai,ai xblh tdo...rupenya,member2pon xblh tdo...
mmg ngantok gile kentang bile kelas esoknya..

so far, seronok la gak...

pjalanan balik melaka agak lambat sampai sebab byk singgah menyinggah
singgah Tapah mborong jambu n kuah rojak Mak Bee...
then singgah seremban...
maghrib juga la sampai depan umah...

sampai2 umah,mr bubu sedang menunggu ai..windu gile katanya...
maunya x, tinggal sorang2





Tuesday, July 26, 2011

pakatan baek punya

Bismillah...
xTra vaGanza


n3 autopublish...den kan kursus sampai kurus...heeeeee...



tgk la pakatan baek 2 bradik nie..
senyap2 dok blkg sofa, rupenya dok wak make over...
mmg over tau diena nie...
suka sgt geledah bag mama

Monday, July 25, 2011

NAnGEs MAmA NEh...

Bismillah...
 xTra vaGanza


Hari nie sampai hari khamis ai de kursus kat PGA Ulu Kinta, Perak...
(kematu punggung dlm kete nk sampai sana dari melaka ni)

huhuhu...selama 4 tahun ai xg kursus...
last pegi ms ngandungkan azeem 6 bulan...peh tu nan ado laie kursus...
pas bsalinkan diena ada ofer, tp tolak coz diena nyusu badan spenuhnya...
smue kursus kemain jauhnya..camno mak pegi...

semalam ptg gerak muo hantar azeem n diena tgl umah atoknya...
mak abah ai y ofer soh hntr lik muo...
pg nie bukan main leleh lg ai cium anak2...dorang sedap je tdo...
xmo kejut nnt dorang nanges trus ai xmo g kursus plak

leleh2 pg plak..huhuhu leleh nk tglkan mr bubu pon ado...slaloo dtinggal tinggalkan...
tp xpenah lame...kali nie ai plak..
mr bubu, sila jg makan pakai anda baik2 ye...tulun siram pokok cili ayg tu...

mujur gak keje kt PDRM nie, segala kemudahan ada...nk g kursus luar daerah, xpayah riso, dorang leh hntrkan...

xsabar nk balik..(pegi pon belum...dh cakap nk balik)
opsss. ai kursus dlm PGA ye..ngidap dlm dorm..bukan dlm hotel mcm org2 kerajaan dpt tu...

nk nanges...


Friday, July 22, 2011

Hari minggu nie :"HOT FM" & "Remaja Bersatu Memerangi Jenayah"

Bismillah...
xTra vaGanza

minggu nie sian abg2 polis kene jaga byk function...
byk plak majlis..
nmpknya Melaka dh jd tumpuan

Jom sama2 memeriahkan

MAJLIS PELANCARAN BULAN PENCEGAHAN JENAYAH PERINGKAT NASIONAL 2011
"REMAJA BERSATU MEMERANGI JENAYAH"


TARIKH : 23 JULAI 2011
MASA : 8 PAGI - 5 PETANG
TEMPAT : MITC MELAKA

DIRASMIKAN OLEH : TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA


org2 melaka...dh dekat ngan MYDIN tu, jgn lupe singgah...
ada HOT FM dan artis2 sabtu nie kt MYDIN...

The best Coconut Shake kt melaka ni..pantai Klebang

Bismillah...
xTra vaGanza


Tetibe rasa nk minum the best Coconut Shake in Malacca..
mana lg klo bukan y kt Klebang tu..
sekali pekena,sure nk g berulang kali...

tp yg xtahan tu kene beratur klo nk tapau wpon ms tu korang sedang mkn2 n minum air y sama kt meja
korang tetap kene beratur pjg



nasi lemak pon best...sempoi je ns lemak tu tp blh wat tkenang



ni la coconut shake..
rege RM2.00 (klo xsilap)
plus aiskrim, RM 2.50



dapat pekena skrg nie pon ok gak...
tp jauh la plak Klebang tu ngan Ayer Keroh..

ooppss..waktu operasi warong ni 2pm ke atas...
xmo beratur pjg, dtgla awal...
hr mggu mmg ramai la org luar

Thursday, July 21, 2011

Melaka minggu ni : PERARAKAN BOT

Bismillah...
xTra vaGanza



SEMPENA KEJOHANAN MELAKA OPEN INVITATIONAL 2011 POWER BOAT RACE 
PERARAKAN POWER BOAT AKAN DIADAKAN SEKITAR MELAKA SEPERTI
KETETAPAN BERIKUT:-


TARIKH          :           22/07/11(JUMAAT)
MASA             :           MULA 1430 HRS
TEMPAT         :           SEPERTI DI BAWAH

JALAN JALAN YANG DILALUI
           
BERMULA DARI RESTORAN SEAFARER BATANG TIGA MELALUI JALAN KELEBANG BESAR, JALAN PULAU GADONG, JALAN TUN TEJA, T/LIGHT MALIM JAYA, JALAN TUN FATIMAH, T/LIGHT BACHANG, T/LIGHT SIRIM, JLN BT. BERENDAM, T/LIGHT SERI AMAN, JALAN MUFTI HJ. KHALIL, T/LIGHT MASJID AL-AZIM, JALAN TAMING SARI, T/LIGHT DURIAN DAUN, JALAN TUN SERI LANANG, T/LIGHT MENG SENG, JALAN BENDAHARA, T/LIGHT PADANG NYIRU, JALAN LAKSMANA, JALAN QUAYSIDE, JLN MERDEKA, DATARAN PAHLAWAN (BERHENTI SELAMA 1 JAM), JALAN PARAMESWARA, JALAN MELAKA RAYA (MELALUI HADAPAN BALAI BANDA HILIR), JALAN SYED ABD AZIZ, T/LIGHT EYE ON MALAYSIA, JALAN KOTA LAKSMANA, JALAN TENGKERA, JALAN LIMBONGAN, KLEBANG BESAR, BATANG TIGA DAN BALIK SEMULA KE RESTORAN SEAFARER.


mujur la xlalu umah ai...hehehe mau jem la lik keje

Kesiannya... kene seret van balik taska

Bismillah...
xTra vaGanza





IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.


Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.

Apa ada kt melaka minggu nie : Larian 1 Malaysia

Bismillah...
xTra vaGanza


LARIAN 1 MALAYSIA

Jom blari sambil sihatkan badan...
minggu nie mmg byk aktiviti kt melaka nie...


TARIKH   : 24 HB JULAI 2011(AHAD)

MASA  : 0730HRS

TEMPAT : 

 DATARAN SEJARAH,AYER KEROH,MELAKA

Wednesday, July 20, 2011

Roti canai buatan Cik Yah

Bismillah...
xTra vaGanza

ahkak buat Roti canai sendiri u olsssssss
ahkak search kt tenet je...

banding2 kan resepi2 sana sini, amik y senang je...



sayangnya ahkak xreti mnebar..
ahkak guna dulang je then tenyeh2 bg nipis

kata pengkritik utama Taman Cheng Baru- mr bubu,
rasa ada, rupe je nan ado...bak kata ipar, mcm lempeng hahahah

kiar ok le tu..cuma kene pbaiki mutu keunggulan roti canai cik yah supaya lebey gebus gebas...
blajar2 n korek2 rahsia si penebar roti kt belakang opis,
mcm nk buat 2nd time...

blajar buat roti canai nie pon sbb azeem...
ada ke mlm2 mintk roti canai...
malas la nk setart enjin kuar...so dgn ada nya roti canai cik yah nie, blh buat frozan

Tuesday, July 19, 2011

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Bismillah...
xTra vaGanza




                 PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL


PESTA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL MELAKA
 SEMPENA ULANGTAHUN
KE 3 MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA  
:-

TARIKH  :  29 HB  DAN 30 HB JULY 2011(JUMAAT,SABTU)
TEMPAT :  SEPANJANG  JLN KOTA (.)



jOM rAMAi2 PAKaT DAtANg mELAkA

Bidan ter...terjun

Bismillah...
xTra vaGanza

ketika vc ni diambil, ai sedang berada di tepi pentas...
bsedia utk mjadi si pemberi bunga telur pada VIP y mrenjis pengantin...


ai jd bidan terjun sebab bj ai sama tema dgn pelamin


ramai gak VIP y datang...
antaranya Ketua Menteri Melaka dan TYT Melaka..
dpt gak la ai bg bunga telur kt org VIP ni..
mana penah ai bhadapan dgn VIP2 ni...

ai tgh tg pic2 dr kameraman..huhu tentu byk pic ai y nyibuk atas pelamin tu

Monday, July 18, 2011

First time tgk istiadat bawah pedang

Bismillah...
xTra vaGanza

Sabtu lepas,bos ai (Tuan C/Insp) melangsungkan perkahwinan..
ai scr xlangsung tlibatla...
ala-ala mcm tuan umahla sbb dia buat kat ibu pejabat 

ni mmg kali ptama ai tgk istiadat...
org nk kata jakun,kata la..
hahaha
rs mremang segala bulu..hhuhu


sori la,vc xberapa clear..
pkai Hp Strawberry jek..

Friday, July 15, 2011

Pesta Durian

Bismillah...
xTra vaGanza

Moh datang umah..
perabihkan durian2 nie...

alamatnya minggu nie mngerjakan durian je la..



naik pening bau durian...
naik pening gak pikir nk masak pe ngan durian ni...

mkn nganpulut best gakkan?

Thursday, July 14, 2011

Tgk Jamichael Brown tringat Ahmad Saiful Azeem

Bismillah...
xTra vaGanza


baru2 nie ada kuar citer pasal bayi y lahir besar...
7.3 kg gamaknya...(harus rabak nie...)
sure la czer..gile ke nk normal...

nama dia Jamichael Brown...keturunan negro rasanya



dah mcm bayi 5 bulan 


lahir2je pakai pampers saiz M...sia2 klo bli XS or newborn



kuar2 je dapat pkai spek...hahaha..







tgk baby nie tingat kat Azeem
y lahir 4kg tu...
puas terankan dia...

ah! sudahla ko cik yah...
czer gak mcm mak si Jamichael tu














lahir2 je badan dh tegap..xde tkulai2...
rindu la maskot machelin nie

 arwah Nas (kawan opis lame y mninggal baru2 nie) la y bagi gelaran
Machelin nie...
dia panggil "Azeem machelin"

ala, maskot tayar Machelin tue...

ada yang panggil 'Baby Sumo" hahaha

Wednesday, July 13, 2011

Uwa.....korang bertiga jek?

Bismillah...
xTra vaGanza

pg td mr bubu mms pic nie










dorang 3 branak g lik kg Lendu kutip n tg durian....
ai koje...pg td mr bubu mrayu2 ai amik mc gara2 ai ciritbirit mlm td...
tp bila nk g keje, perot ok je, ai xde la nk memonteng...

tp 3 branak nie suke ria dok pungut buah kegemaran azeem nie...

rugi nya ai....xmnikmati pngalaman durian gugur depan mata...

Bli Ole Pocketful KFC semata2 nk kete mini

Bismillah...
xTra vaGanza

One day,anak bujang ai mrengek2 kt mr bubu

"abah,ajem nk kete besar..."
bkali2 hokeh..naik bingit..padahal,kt umah tu bukanmain byk kereta
dr y ckup sifat sampai la ala2 mcm oku (tayar xde)

mr bubu layan je...plan nk g cr kat Central Market ms jenjalan KL..xde plak y murah2..
patot g petaling street n paling senang kedai 2 hengget hahaha.... 
sedang mcari2 n sambil cuci2 mata,singgah KFC nk cuci2 tekak...

n tetibe, azeem telah otometik mngubah permintaan nya
dr mintak kete besar, ke kete mini...

gara2 iklan Ole Pocketful y ada promo kete mini..



xmemasal bli pocketful nie...


cumil gak kete nie
smp azeem lekamain..xmo minum,xmo mkn...
tdo pon pgg kete



skrg, ada 2 kete nie..1 kaler itam satu lg kaler putih...
tp bsepah2 ntah mana

Tuesday, July 12, 2011

Gambar anak ke 2 Rita Rudaini

Bismillah...
xTra vaGanza




ni la kuasa cinta namanya...comelkan?
rupe sape ye


more crita criti...click sumber ni


 

Durian y cumil2 mcm ai

Bismillah...
xTra vaGanza


hok aloh...ada ke plak umpamakan durian y  comel2 tu mcm ai..
hahaha

skrg kan musim durian..dulu ms br2 musim, cukup mahal..sbijik cecah RM25
skrg nie dh mcm xheran je..dapat free lagik

ada 1 pagi tu, ai datang2 opis, ada 3 bijik durian bawah meja...mujur la, xtsepak..
mau bocor n kematu kaki ai klo tsepak durian nnt..

abg2 polis nie la y bg...slaloonya dtg2 pagi, dapat bau je...dorang dok mkn time shift malam...
n hr tu, rejeki, dorang tinggalkan utk ai...
dh smerbak plak opis ai...kan bilik berecon...

n durian2 tu adalah rejeki azeem y sgt2 fanatik

nk makan durian pon kene bawak kete dia..


durian ni wpon kecik, tp sedap...
org panggil 'kucing tdo" bila ada seulas je dlm pangsa tu
ai mmg hantu klo nmpk kucing tdo nie

ai lg fanatik manggis...
ada sape2 nk roger2?

Monday, July 11, 2011

Resepi Rumahtangga hebat

Bismillah...
xTra vaGanza


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.- ha...nie mmg rahsia bahagia...hakhakhak

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.- ai rasa xlena tdo tanpa lengan mr bubu...mmg slaloo amalkan tdo atas lengan dia...bila dia keje mlm, jd xlena...sik tjaga 

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.- betul la tu

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.- betul la tu

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.-erm...nk ubah mana rupa pas nie

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.- slaloo..tp sik ttangguh

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.-kene g Cameron la gni hhehehe

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.- igt ye mr bubu,perut ni dah rabak 2 kali

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terlibat dengan jualan langsung.- sharp datang opis kol 8,lik pon sharp kol 5 kikiki

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.


20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya





Renung2 kan...dan selamat beramal..

Saturday, July 9, 2011

Vios G Limited & TRD Sportivo

Bismillah...
xTra vaGanza





BE DESIRABLE WITH THE NEW VIOS G LIMITED AND VIOS TRD SPORTIVO.


Heads up! Toyota Roadshows will be coming to a location near you!


Come join us and check out the desirable new Vios G Limited and Vios TRD Sportivo. We’ll also be bringing other Toyota models along for the fun ride! Don’t miss it!

Friday, July 8, 2011

Sudah full la kawan...

Bismillah...
xTra vaGanza


Huwaaaaa 
ku keciwaaaaaaaaa
3 hr lepas, mr bubu sudah check bilik kosong utk CNY 2012 kat


sudah full la tempahan apartment 2 bilik...
bilik biasa RM 25 byk gak  kosong tp tarikh y ai nk sume dh de org booking

tlambat sudah...erm...len kali kene stahun awal la booking..
cam booking promosi AirAsia..

xpe,still ada resort2...motel2 murah..
pilihan ai,Twin Pines atau KRS( rsnya dh tutup) yang kt Tanah Rata..
mmg murah tp kureng la cikit...dh bayor murah,murah la facilities nya..
tp tempat nie la ai honeymoon dulu...dh 2 kali tau dok cni..
gara2 nk refresh balik kenangan baru2 kawen...

p/s:ai nie xmmilih...ikot kemampuan..y penting selesa..

Tolonglah cari kepala arwah

Bismillah...
xTra vaGanza


BUKTI ...anggota forensik membawa tulang mangsa ke Hospital Sultan Ismail, semalam. Gambar kecil (kiri) Nurrahayu Qomarodin dan Umidah Setu.


JOHOR BAHRU: “Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.
Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.
Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.

“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.



“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.



kejamnya sekarang nie

Thursday, July 7, 2011

Tebusan di Tadika Serikids, Sungai Abong, Muar

Bismillah...
xTra vaGanza


Harian Metro (mutakhir)
MUAR: Sepasukan 20 anggota dan pegawai polis termasuk pakar psikatri, Dr Lau Tian Lee memasuki Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini untuk berbincang dengan lelaki bersenjata parang itu.

Selepas Kira-Kira sejam berbincang pasukan berkenaan keluar dan mengumumkan semua Lebih 30 kanak2 dan 4 guru tadika dalam keadaan Selamat.

Dr Lau menyifatkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mempunyai Masalah mental dan polis menyiasat rekod perubatannya.

Berita Harian (mutakhir)

Dia ugut bunuh kami: Guru tadika


MUAR: "Cikgu bunuh saya, sebelum saya bunuh cikgu dan semua kanak-kanak ini." 

Itu antara ugutan lelaki, berusia 30 tahun yang menahan 30 orang kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan empat orang guru wanita dalam satu drama tebusan selama lima jam di Taman Asuhan Kanak-kanak Serikids, Taman Cemerlang, Sungai Abong di sini hari ini.
Lelaki yang dipercayai seorang penagih dadah itu membuat ugutan tersebut ketika pengetua taman asuhan itu, Tee Sew Tuan cuba memujuknya menyerah diri kepada polis.

"Dia meminta pengetua membunuhnya, kalau tidak dia akan membunuh kami semua," cerita Norazah Mohd Shah, 23, seorang daripada empat orang guru wanita yang turut dijadikan tebusan lelaki terbabit. 

Beliau yang masih dalam ketakutan ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini lewat petang ini, berkata lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang dan penukul, pada mulanya kelihatan tidak begitu agresif. 

"Dia benarkan kanak-kanak pergi buang air ke tandas dan minum air," katanya yang kelihatan letih lesu dan masih trauma dengan tragedi itu. 

Norazah berkata, beliau dan tiga guru lain, membawa 30 kanak-kanak itu naik ke tingkat atas, masuk ke sebuah bilik dan menguncikan pintu untuk mengelak daripada dihampiri lelaki berkenaan. 
"Kami menahan pintu bilik dengan kerusi untuk menghalang lelaki itu masuk dan mengancam keselamatan kami," katanya. 

Sebelum itu, katanya, beliau nampak lelaki terbabit sudah berada dalam bangunan taman asuhan itu pada kira-kira 9.30 pagi dengan memegang sebilah parang panjang dan penukul. 

Katanya, beliau tidak tahu bagaimana lelaki itu masuk ke premis berkenaan. 

Beliau bersyukur kerana mereka semua selamat manakala lelaki terbabit berjaya diberkas selepas terkena sedas tembakan di dahi ketika menyembur alat pemadam api ke arah pasukan Unit Tindakan Khas polis yang merempuh masuk ke premis berkenaan pada 3.45 petang. - BERNAMA 



erm...kampng ai nie...
thn lepas,klo korang igt,ada kes tadika kene serang mcm nie la...
klo xsilap tadika kat Jalan Abdul Rahman..
beberapa budak cedera kene tukul besi kat kepala..


myb nie org yang sama...ntah pe la sbabnya...

Ikan Keli fresh dari ladang

Bismillah...
xTra vaGanza

Fresh dari ladang nehhhh

blkg umah ai mmg ada ruang..ai lum bcadang nk renovate sambung blkg..
ai pikir nk bkebun...ceh,xde tanah pon blkg tu...
tp ai nk tanam dalam pasu...skrg br ada daun kunyit n cili padi je..
(tu lambat benor nk buat)

skrg ni ai tg nk tuai ikan keli je..
ni dah kali ke-2 ai bela keli

1st time bela dulu,mr bubu sedekah kat madrasah
(sume skali tanpa tinggal sekor pon utk mkn sendiri)

kali nie,belum sempat besor,ai dah soh mr bubu tangkap...


alang2 tu,cuci skali...tukar air..



kecik lagi...xpuas mkn..goreng je layak 


xde sebab nk geli2
xde sebab nk ragu2

sebab bela sendiri n bg makan dedak sajork...

Wednesday, July 6, 2011

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland

Bismillah...
xTra vaGanza


Rasa2 mcm nk plan g Cameron Highland kali ke -4
 "Rasa2 mcm nk wat keje giler lg "- kata mr bubu plak..

apa keje giler tu?
ohohoho,mkn angin dr Cameron then ke Kelantan plak...

rasa2 mcm nk g ms cuti Tahun Baru Cina..
n rasa2 nk booking sekarang kt


murah pon murah...bbaloi2...
wat pe nk mahal2...sure punye xdok lame dlm bilik bile siang
kecuali malam.......hehehehe




Jenis BilikKadar (Semalam)
Banglo 3 BilikRM 100.00
Apartmen 2 BilikRM 50.00
Bilik BiasaRM 25.00
Dewan MesyuaratRM 50.00
Dewan MakanRM 50.00
Dewan SerbagunaRM 50.00
Asrama (L) 30 KatilRM 150.00
Asrama (P) 30 KatilRM 150.00



azeem ngan tok aji pada tahun 2007...



first g ms honeymoon tahun 2006
2nd g ms tahun 2007 ngan tok aji n atok senah
3rd g tahun 2009...


erm....blh ye mr bubu...cuti pjg kan ms tu?


Related Posts with Thumbnails

Popular ker..