HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 31, 2012

Kucing berjari 6

Bismillah...
xTra vaGanza

kucing berjari 5 kan? betol x?

ipar ai kt kelantan ada kucing berjari 6 setiap kakinya...maknanya ada 24 jari...

SUBHANALLAH








Putih namanya..

Monday, January 30, 2012

Selamat Hari Lahir Mr Bubu..

Bismillah...
xTra vaGanza

SELAMAT HARI LAHIR YG KE-28 SAYANG...

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik...
Iman y kuat..
Rezeki yang murah..
Kenaikkan pangkat cepat2,









smlm xblikan kek pon...dh dia sndri pesan jgn bli...(huhuhu )
tp ai masakkan macaroni cheese kegemaran dia...

Friday, January 27, 2012

Budu Sedap Terlajak

Bismillah...
xTra vaGanza

nama dia mcm kelakar...
tp mmg sedap..dperah plak dgn limau kasturi
perghhhhhhh mabeles





BUDU SEDAP TERLAJAK
mmg telajak mnmbah nasik

Meroyan dgn budu

Bismillah...
xTra vaGanza


Biasanya org melaka meroyan dgn cencaluk n belacan...
kali nie sejak diperkenalkan dgn sejenis budu dr Bachok, ai n mr bubu jd meroyan


wif ipar..senang nok kecek kelate


nah! sekali beli sampai 5 botol..la nie kt umah tgl sebotol setengah jek

Thursday, January 26, 2012

KAHWIN CARA MELAYU OR CARA ISLAM?

Bismillah...
xTra vaGanza

COPY N SHARING


★ Kahwin Cara Melayu atau Kahwin Cara Islam?

Apa yang bakal dikongsi adalah sebuah artikel yang aku dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!


***********************************************

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

Sumber: Fitri Hadi: Betul apa yang dia kata tu. Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. Cuba fikir mana lagi penting?



KEHIDUPAN SELEPAS BERKAHWIN LEBIH PENTING..APA GUNA JIKA TERUS MENANGGUNG HUTANG KAHWIN...

Sgt cute mini kitchen nie

Bismillah...
xTra vaGanza


cumil x kichen kanak2 nie?
cumilkan? ai rs nk join sama main masak2...siap ada microwave, sink, kabinet,
peralatan memasak(tp dh bsepah la budak2 main)


btambah cumil lg sbb kaler dia pink
CNY hr tu ai bwk anak2 jenjalan JJ bandaraya..so, bawak la masuk tempat main2 tu

Wednesday, January 25, 2012

Hr tu tgk Golok, ni tgk Mundok plak..

Bismillah...
xTra vaGanza

xcelli ms ai g tu, musim ujan...so arus sungai deras...
tp dorang relax je senerang sg...makcik2 pon kool jerk...






elok je kami meninggalkan Kelantan, adik ipar kata, Kelantan banjir...
mundok n golok xleh g...
Alhamdulillah selamat gak sampai MElaka wpon pjalanan amat bahaya sbb ujan lebat n banjir dh mula naik area kelantan n ganu...
pengalaman y manakutkan...xblh tdo mata nie., temankan mr bubu drive selama 12 jam perjalanan!

Friday, January 20, 2012

Ke Golok

Bismillah...
xTra vaGanza


kt Kelantan, we ols stay kt umah adik mr bubu y dikenali sbg Pak Teh...
thats way we ols slalu sgt bcuti kt Kelantan..(er...slalu ke?)

that day we ols pau adik soh bawak g sempadan...pengkalan kubor dgn kete dia...jimat minyak...kikikiki


adik dh offer dh nk ke x g Golok...murah je naik sampan tu RM1 xsilap
tp dsebabkan gerun sgt tgk arus sungai tu, ai juz tgk je org menyeberangi sungai tu..
dekat je kan...igtkan jauh sgt...smpai tu cuma bpusing je...







next time ai nk g gak merasa g Golok neh...

Wednesday, January 18, 2012

Leper punggung + kematu

Bismillah...
xTra vaGanza


Byk lama wooo ...boring sgt pjalann y makan masa y pjg neh...
pas g Cameron Valley n bg anak2 mkn kenyang, we ols gerak ke Kelantan ikot Gua Musang...

mujur anak2 trus tdo kekenyangan...
highway Cameron ke Gua Musang mmg nyaman..+hujan renyai2..sejuk woooo
kabus mnyelubungi petang tu...



save minyak gak coz xperlu tekan minyk sgt..turn bukit kan...
masuk je Gua musang, dua kecit nie dh bangun, singgah RnR utk berehat n solat jamak...

sampai Kota Bharu hampir kol 8 + tercari2 umah adik mr bubu kt Tumpat...
we ols stay kt umah adik...jimat x? kikiki
wpon dh penat bangat, mlm tu pas mandi, trus g Wakaf Che yeh...huahuahua
hujan pulak mlm tu...
kepala anak2 kami serkupkan dgn plastik...takot kene demam n selsema plak kt tempat org nie



owhhh masih byk picas mau tayang...sudah hampir 3 minggu citer xbis2 lg...
byk gak citer2 br masih tpendam...

to be continue

Tuesday, January 17, 2012

Gudbye Cameron. Welcome Kelate

Bismillah...
xTra vaGanza

dah ku kata dan ku agak dah...klo naik Cameron, xterlajak ke kelantan mmg xsah..
sbb tu xsuka plan2 sgt jenjalan nie...
on the dot je ubah2 plan..nk ajak org pon payah...
lebih relax n enjoy sendiri..kite-kite ajek..

mmula plan nk stay 2 hr kt Cameron...
mmandangkan book just 1 night only kt RPP, n hotel n chalet byk y full, so ubah lg perancangan


we...b4 chikidout

bli2 n borong2 dulu buah2, sayur2

nah! mr bubu bg bunga ros..warna warni bagai

kene makan strawberi y byk nie cepat2..nnt masam..

singgah kt Bharat Tea..borong Cameron Valley Tea.
blum penah singgah cni..b4 ni klo balik ikot Tapah akan jumpa Cameron Valley gak...view dia lg cantek..
y nie jalan Camero Valley mnghala Gua Musang n Simpang Pulai.



pas puas borong, we ols isi perut kenyang..b4 gerak ke Gua Musang

bg anak2 kenyang, biar dorang tdo n xboring coz pjalanan pjg..

Monday, January 16, 2012

Romantika D`Strawberi

Bismillah...
xTra vaGanza

kenape ye, klo mkn strawberi kt sana manis jek..tp klo dh sampai kt bawah jadi masam?
xcelli blh je klo nk bli strawberi y jual 2 RM10 tu...
tp sbb nk bg anak pngalaman ala2 pengusaha strawberi y berjaya, we ols masuk ladang y bbayar...

klo perasan Hotel Equatorial Cameron, kt sebelah tu ada ladang strawberi y bbayar..
ala, byk ladang blh pilih tp di sebabkan dh penah g ladang ni, so malas nk cr y lain...
nk masuk saja blh, nk petik pon blh...tp klo nk petik kene bayar la.
RM25 utk 1 polistren kosong, then timbang la..
klo tkurang, dia cukupkan, klo tlebih byr y lebih tu...







ha..... ni la Romantika D`Strawberi





dapatla hasil petik memetik strawberi dgn anak2...
ms timbang rege dia kurang dr RM25, so cina tu tambahkan cikit...

Rm 25 tu tmasuk caj masuk la kot...
agak2nya la kan, berapa hasil sehari dorang ek ms musim cuti
Related Posts with Thumbnails

Popular ker..