HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, October 18, 2009

2 3 tapak

Bismillah..
xTra vaGanza



Alhamdulillah smlm (17.10.09) eirdiena dh mula melangkah 2 3 tapak..
org kata br jalan jatuh...
eirdiena br 10bulan 7hr..
kira dia ni lebih cepat dr azeem tp cuma bberapa hr je la...
tp azeem xde 2 3 tpak, terer sampai btapak2..
huhuu badan masing2 kan...

peh nie lg fenat la ai...

video y sempat dirakam pada 18.10.09.. tghr



abaikan ai y sedang mngawasi diena..
dh mcm kera plak nengok

Friday, October 16, 2009

Utk anak2 mama...

Bismillah..
xTra vaGanza



Ni je la yg mama mampu wat utk masa depan korang dua beradik

(wat ms skrg)..simpanan wat masa hadapan...

ai try nak ikot cara mak ai...mak ai watkan ai simpanan ms ai kecit lagi...mak ai bukan keje besar2, bukan gaji besar2...mak ai cuma amah hospital saje...tp dia mmg rajin mnabung utk anak2..mak xpenah lokek...sampai ai besar n kawen, buku2 akaun ai sumer dia pgg...dia pgg takot ai guna pd jln y salah(boros ler tue)...

tp skrg mak dh bg buku tue kt ai...ai pkai duit tue utk :

1) ms kawen dl...ai kuarkan asb utk tempah itu ini...ai xnk pkai duit mak la kononnya padahal y mnabung mak ai sbnrnya akaun tue...

dpt duit hantaran, mak trus masuk duit hantaran dlm asb ai...mak xamik pon..mak mmg baek...mak kata, nnt duit tu bbuah...

2) ai kuarkan ASB utk biz ai d MYDIN MALL..berapa byk, xpayah la citer...pendek kata, sbnrnya mak ai y sumbang modal...huhuhu...nama jer akaun tu nama ai, tp pnyumbang nya adalah Hasnah Hashim...

terima kasih mak...

skrg ai try nk ikot mcm mak...xbyk, cikit pon jd la...sbulan sorg RM50 ker,RM30 ker...tgk bajet la kan..

ai bukakkan akaun Yippie utk dua beradik sejak diaorg masing2 umur 6 bulan..bukan aper, senang ai nk transfer pkai maybank2u tiap bulan...malas nk g bank..

duit2 raya, ai simpan dlm Amanah Saham Wawasan...biar ckit, janji ada utk anak2...thn lepas, azeem nyer duit rayer dlm Rm300, dpt dividen akhir thn dlm Rm 15...jadikla...

nnt ada rezeki lebih nk wt potongan gaji msuk tabung haji anak2 pulak




pic blur plaks... nie eirdiena punyer

nie azeem punyer



p/s :jgn plak nnt korang joli giler katak...mama ssh2 mnabung korang suka suki jer yerk...(ikot mama la kot...) @least guna pd jln y betol la...mcm nk bli umah ker...nk wt biz ker...nk sambung blajr ker...nk kawen ker...(haihhhhh cam samer jer ngan mama)

Thursday, October 15, 2009



"SALAM LEBARAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN
"



Tiru mcm mama

Bismillah..
xTra vaGanza


sbnrnya byk video aksi kekantoian si azeem y sempat ai snap...
tp video berat plak nk upload kt opis..
cube teka pe y sbnrnya azeem wat?



ni bukan aksi lucah sambil bukak sluar ye



ya...dia sedang

'

'

'

'

'

'

'

'

meniru gaya ai mnenenkan eirdiena...

adoiyaiiii...adakah cenggitu mama nenenkan adik azeem?apa2 aje si azeem nie...kdg bear jd mangsa...kdg bug bunny plak jd mangsa...

dia slaloo mmerhatikan ai nenenkan adik..kdg sajer jer offer dia nk ke x...

huhuu...bising dia bila ai hulur nenen kt dia...huhuuu

"xnak tetek..."



video azeem sedang mcari niple dia utk mnenenkan bug bunny nya..



anak ohh anak...

tu sebab parent kene jg tingkah laku

erm...lamer xbmanja2 dgn mr bubu..lately xsihat n penat jer...

(ops bmanja2 maksud ai, gurau2..duduk dpn tv samer2..landing kt bahu dia..)

Wednesday, October 14, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway

Bismillah..
xTra vaGanza

MamaTisya Duit Raya Giveaway
bermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009tepat pukul 5.00 ptg
(n3 sticky mode)




syarat-syarat sgt senang & mudah :

Terbuka kepada smua blogger

*Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)

*Add banner di atas di sidebar blog anda
Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)

*Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
Sila tinggalkn nama & email anda di cni
hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak

*Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin

*Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

cepat2 weh cepat...saper nk wat duit...meh cepat

Prezen dr Mykhalish

Bismillah..
xTra vaGanza



semalam ai EL yer u ols..
ye la...mr bubu kan nk training sbulan kt KL ptg smlm...harus ai ngadap jer dia spnjang ms smlm...
xla...ai tlg kemas bj dia pastu ngadap dia berangkat...
sebak wooo nk nanges, nasib ada mak abah n geng mr bubu..

malu la wei..


smlm ada terima surat dr pejabat pos soh amik parcel/surat kt sana...
ai igt pasal prezen dr mykhalish la kan...
tp ms dtg opis pg nie. tgk2 ada parcel nih..

yuuuuhuuuu...dah sampei
tq MyKhalish


tq mr skynet...






peh nie leh la ai cuci cucian pic2 y ai snap...owhhhh...klo rajin ler...huhu

tp mmg lamer dh nk bli album besar2 nie utk simpan pic2 akhirnya...xpayah bli...coz dh dpt hadiah...

Bintang 12

Bismillah..
xTra vaGanza
copy dr emeil....
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Ya Allah...Ya Tuhanku..Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain."Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu."Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan."Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.
Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi."Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka."Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku.
Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang dilangit.Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang."Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil."Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim."
Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..
Related Posts with Thumbnails

Popular ker..