Bismillah...
xTra vaGanza
Npknya adalah duit raya utk anak2 buah raye thn nie...
'
'
'
'
'
PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.
Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.
Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.
Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya.
Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan.
Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.
Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.
Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara.
Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya.
Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.
Thursday, August 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular ker..
-
Bismillah... xTra vaGanza Sabtu lepas berpeluang g A Famosa Water World, Melaka... dh lama dok Melaka, br nie dapat g... last dulu, m...
-
Bismillah... xTra vaGanza Wallahualam...... Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita ...
-
Bismillah... xTra vaGanza 1biji kuning telur 250 butter 60 g gula halus 160 tepung gandum 20g serbuk koko 50g nestum 100g choc chip/ choc ri...
-
Bismillah... xTra vaGanza mana nk dapat bilik mcm hotel cuma RM25! chalet murah2 kt cni pon koman2 RM45 tp musti kecit.. Rumah Perangin...
-
Bismillah... xTra vaGanza owhhhh byk gambar snap2kt terengganu... sila jgn jemu..huhuhu we ols 3 bulan lepas dh booking bilik kt Angulia...
-
Bismillah... xTra vaGanza Alololo...cumilnya anak Aaron Aziz nie... rambut baru pas lik umrah yek Aaron...
-
Bismillah... Xtra vaganza 2nd time cash out Nuffnang. Since dh lama xupdate blog pon dh bsawang. Xde la byk mana, blh la bli spasang d...
-
Bismillah... xTra vaGanza arghhhhhhhhhhh dh lame xsambung n3 Kojo Gilo... ok ok meh sambung... we ols bgerak dr setiwan about kol 12 tghr......
-
Apartment 2 bilik hanya RM100! Pantai Indah ni dekat Jeram, Kuala Selangor.. klo nk lari dr kota, nk mmancing ke,nk cr remis ke, moh le ke ...
-
Bismillah... xTra vaGanza Ni la bangunan Keluargaku yang terletak di Bukit Baru.. mmg dekat benau dgn Masjid Al-Azeem (eh tu ejaan nama ...
1 comment:
alahmdulillah..dpt jugak kan..bajet mmg x akan dpt punya...cuma x bestlah..knplah media nk highlightkan beso2...isyyy tsk sbb harag brg tetibe pulak naik semata2 sbb RM500 seorg ni..tsk tau diorg ni
Post a Comment