HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 7, 2011

Tebusan di Tadika Serikids, Sungai Abong, Muar

Bismillah...
xTra vaGanza


Harian Metro (mutakhir)
MUAR: Sepasukan 20 anggota dan pegawai polis termasuk pakar psikatri, Dr Lau Tian Lee memasuki Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini untuk berbincang dengan lelaki bersenjata parang itu.

Selepas Kira-Kira sejam berbincang pasukan berkenaan keluar dan mengumumkan semua Lebih 30 kanak2 dan 4 guru tadika dalam keadaan Selamat.

Dr Lau menyifatkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mempunyai Masalah mental dan polis menyiasat rekod perubatannya.

Berita Harian (mutakhir)

Dia ugut bunuh kami: Guru tadika


MUAR: "Cikgu bunuh saya, sebelum saya bunuh cikgu dan semua kanak-kanak ini." 

Itu antara ugutan lelaki, berusia 30 tahun yang menahan 30 orang kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan empat orang guru wanita dalam satu drama tebusan selama lima jam di Taman Asuhan Kanak-kanak Serikids, Taman Cemerlang, Sungai Abong di sini hari ini.
Lelaki yang dipercayai seorang penagih dadah itu membuat ugutan tersebut ketika pengetua taman asuhan itu, Tee Sew Tuan cuba memujuknya menyerah diri kepada polis.

"Dia meminta pengetua membunuhnya, kalau tidak dia akan membunuh kami semua," cerita Norazah Mohd Shah, 23, seorang daripada empat orang guru wanita yang turut dijadikan tebusan lelaki terbabit. 

Beliau yang masih dalam ketakutan ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini lewat petang ini, berkata lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang dan penukul, pada mulanya kelihatan tidak begitu agresif. 

"Dia benarkan kanak-kanak pergi buang air ke tandas dan minum air," katanya yang kelihatan letih lesu dan masih trauma dengan tragedi itu. 

Norazah berkata, beliau dan tiga guru lain, membawa 30 kanak-kanak itu naik ke tingkat atas, masuk ke sebuah bilik dan menguncikan pintu untuk mengelak daripada dihampiri lelaki berkenaan. 
"Kami menahan pintu bilik dengan kerusi untuk menghalang lelaki itu masuk dan mengancam keselamatan kami," katanya. 

Sebelum itu, katanya, beliau nampak lelaki terbabit sudah berada dalam bangunan taman asuhan itu pada kira-kira 9.30 pagi dengan memegang sebilah parang panjang dan penukul. 

Katanya, beliau tidak tahu bagaimana lelaki itu masuk ke premis berkenaan. 

Beliau bersyukur kerana mereka semua selamat manakala lelaki terbabit berjaya diberkas selepas terkena sedas tembakan di dahi ketika menyembur alat pemadam api ke arah pasukan Unit Tindakan Khas polis yang merempuh masuk ke premis berkenaan pada 3.45 petang. - BERNAMA 



erm...kampng ai nie...
thn lepas,klo korang igt,ada kes tadika kene serang mcm nie la...
klo xsilap tadika kat Jalan Abdul Rahman..
beberapa budak cedera kene tukul besi kat kepala..


myb nie org yang sama...ntah pe la sbabnya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Popular ker..