HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 24, 2012

Cacar air/ Cicken Pox semasa kehamilan

Bismillah...
xTra vaGanza


opsssssssssss..dgn mbaca tajuk nie, jgn la plak pikir ai preggy...
no  on no...belum lagi..
cuma , ai penah gak kene cacar air nie ms pregnant 12 mggu si Azeem ...
Alhamdulillah..baby dlm kandungan selamat, sihat tubuh badan n lahir 4kg...
ai kene cikit je, tp jangkitan tu telah dtanggung oleh MR bubu! hahahaha
kuasa Allah kan...
risau gak klo2 kandungan ai bmasalah masa tu...

..Jom sharing2 pengetahuan..

Oleh kerana cacar air boleh menjangkiti semua orang pada sebarang peringkat usia – baik kanak-kanak kecil mahupun remaja, dewasa dan warga tua – risiko wanita hamil bertemu dengan penghidap virus Varicella-zoster adalah sangat tinggi. Keadaan ini amat membahayakan jika anda belum pernah menghidap cacar air.

Bahaya kepada anda. Cacar air semasa dewasa mungkin membahayakan dan boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang peparu atau ensefalitis, walaupun keadaan sedemikian jarang berlaku. Kesan parut pada orang dewasa juga lebih teruk.

Bahaya kepada bayi anda. Jangkitan cacar air yang berlaku pada peringkat awal kehamilan menyebabkan kecacatan semasa lahir, berat lahir yang rendah atau kecacatan anggota pada janin. Jika anda dijangkiti seminggu sebelum melahirkan anak atau dalam tempoh sepuluh hari selepas beranak, jangkitan tersebut boleh mengancam nyawa bayi baru lahir.

Jika anda hamil dan belum pernah menghidap cacar air, bincanglah dengan doktor tentang risiko anda dan janin anda. Minta suami dan anak-

anak anda (walaupun mereka sudah mencapai usia remaja) untuk mendapatkan vaksin bagi mengurangkan risiko mereka menghidap penyakit tersebut dan menjangkiti anda. Vaksin cacar air untuk dewasa meliputi 2 dos yang diberikan dalam selang masa 4 minggu

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Popular ker..