xTra vaGanza
MELAKA: Tindakan berani mati seorang keldai dadah warga Nigeria menelan puluhan kapsul dadah disyaki heroin yang dibalut di dalam kondom untuk diseludup ke negara ini, nyaris meragut nyawanya apabila bahan haram itu dipercayai pecah di dalam perutnya hingga menyebabkan dia meracau teruk di tepi jalan di Melaka Perdana, dekat sini, awal pagi semalam.
Menurut sumber, kelicikan lelaki berusia 33 tahun itu berjaya melepasi pemeriksaan kastam dan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak bertahan lama apabila diberkas polis di negeri ini.
Sumber berkata, sebelum itu suspek bersendirian menaiki teksi dari KLIA dan tiba di Melaka Sentral kira-kira jam 10 malam.
Katanya, ketika hendak membayar tambang, suspek memberitahu pemandu teksi dia tidak mempunyai wang dalam Ringgit Malaysia (RM) dan mahu menukar mata wang asing di Melaka Sentral.
Katanya, ketika hendak membayar tambang, suspek memberitahu pemandu teksi dia tidak mempunyai wang dalam Ringgit Malaysia (RM) dan mahu menukar mata wang asing di Melaka Sentral.
“Bagaimanapun, pengurup wang enggan menerima tukaran mata wang asing sebelum suspek bertindak melarikan diri menyebabkan pemandu teksi membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh untuk tindakan lanjut,” kata sumber.
Sungguhpun ai xterlibat dgn keje2 pcegahan jenayah y dorang buat, @least ai tau mcmana dorang nie bkerja utk keamanan negara...
Rasuah? mana2 pon ado dik...mana2 jabatan pon ado..xpayah la tunding jari..
tunding jari pada diri kita sendiri..ada ke x kita terima?
No comments:
Post a Comment