Bismillah...
xTra vaGanza
Ai sekarang ni mengamalkan minum teh hijau...Dah lama juga la sejak tersalah bli teh kat Cameron hahaha. Nk amalkan supplement, mahal2 sumenya... ai lebih suka secara semula jadi... minum air rebus manjakani pun selalu...
Ok, ni antara kebaikkan Teh Hijau:
Di Jepun TEH HIJAU paling popular kerana mereka tahu khasiat teh tersebut. Dan teh mereka sedikit lain dari teh hijau yang ada di pasaran. Texture yang halus berbentuk serbuk dan dibancuh dengan cara tradisi mereka membuatkan teh hijau lebih rasa sedap dan kaya dengan vitamin A, B1, B12,C, E , K dan mineral seperti kalsium dan zat besi.
Antara kebaikan yang kita boleh dapat dalam teh hijau
•Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
•Menjaga tekanan darah
•Merawat batuk
•Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
•Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
•Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
•Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
•Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
•Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
•Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
•Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.
Teh hijau juga mempunyai kalsium dan jika sesiapa tidak minum susu kerana rasanya maka bolehlah menggantikan dengan minuman teh hijau.
Teh hijau bagus untuk pesakit KANSER kerana mempunyai antioksida yang kuat.
No comments:
Post a Comment