xTra vaGanza
PUNCA-PUNCA SUMBANG MAHRAM
a. Kegagalan Isteri Memenuhi Keperluan Suami
Kegagalan para isteri memuaskan keperluan suami menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Hubungan kelamin pasangan suami isteri tidak dapat ipenuhi akibat tuntutan kerja seperti suami bekerja pada waktu siang manakala isteri bekerja pada waktu malam. Ini mendorong suami menggunakan anak untuk tujuan memuaskan nafsu. Rata-rata isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbang mahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui umum.
b. Tahap Iman yang Lemah dan Bahan Lucah
Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras, maka kejadian inses atau sumbang mahram boleh berlaku dimanamana saja. Kelemahan pegangan agama ini juga, seorang ayah tergamak merogol anak kandung yang sepatutnya dibelanya. Kerana itu juga abang sanggup ‘merosakkan' adik perempuannya. Keadaan iman yang lemah ini akan merosakkan akal fikiran mereka jika mereka sering menonton filem-filem porno disulami dengan video klip yang mudah dimuat turun melalui telefon bimbit. Kejadian-kejadian seumpama ini akan merangsang individu terbabit dan sebagai jalan mudah mereka akan memaksa mangsa yang terdekat untuk memuaskan nafsu yang sedang bergelora. Dewasa ini, bahan lucah amat mudah diperoleh dimana-mana sahaja dan mereka yang lemah iman ini apabila sering menonton bahan-bahanporno ini akan mendorong untuk melakukan inses.
Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat bahawa umat Islam pada akhir zaman terlalu ramai tetapi ibarat buih di lautan yang tidak tahu berbuat apa-apa dan lemah sekali. Imannya tipis ibarat kulit bawang akibat dari penyakit al-wahan iaitu cinta kepada dunia dan takut kepada mati. Tanpa iman manusia hidup dalam keadaan jiwanya lemah dan kosong. Manusia yang lemah iman tidak akan takut dan kenal lagi kepada Allah yang menciptanya. Manusia tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Manusia yang lemah tidak merasa takut dan gementar akan hari pembalasan dan azab Allah yang sangat pedih seksanya di neraka. Akibat iman yang lemah manusia tidak dapat membezakan di antara kebaikan dan keburukan dan di antara kebenaran dan kebatilan.
b. Batas Pergaulan
Dua saudara yang duduk berdua-duaan di tempat sunyi dan tidak menghiraukan larangan agama boleh membawa kepada berlakunya sumbang mahram. Malah program atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan pakaian yang menjolok mata juga dapat mendorong perlakuan sumbang mahram. Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan menyebabkan nafsu semakin sukar dikawal apabila kemiskinan mencengkam keluarga itu yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit tanpa ada bilik yang sesuai khususnya bagi anak gadis yang sedang membesar.
c. Tidak Mengamalkan Kehidupan yang Dianjurkan Islam
Kurangnya pendidikan agama menyebabkan sesetengah keluarga langsung tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan oleh islam dimana mereka lebih bermegah dengan cara hidup kebaratan yang dianggap lebih maju. Dalam islam contohnya, tidak menggalakkan anak lelaki dan anak perempuan dewasa tidur di dalam satu bilik yang sama. Namun jika nilai-nilai keislaman ini tidak diamalkan maka ia menjadi pendorong kepada berlakunya kejadian inses ini.
Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu-waktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.
Batas pergaulan diantara bapa dan anak perempuan juga perlu ditekankan di mana sesetengah keluarga moden yang menganggap ciuman dan pelukan anak perempuan dewasa kepada bapanya adalah sesuatu yang biasa. Namun jika tidak ada batasan yang berlandaskan keislaman maka akan mudahlah kejadian ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.
d. Keruntuhan Institusi Keluarga / Perkahwinan
Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian turut mendorong berlakunya kes inses ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Bagi kes inses yang melibatkan adik beradik pula, keluarga yang bercerai berai akan menyumbang kepada faktor ini. Ini kerana si ibu akan keluar rumah untuk menyara keluarga memandangkan orang yang sepatutnya menyara keluarga telah tiada. Oleh yang demikian si ibu akan mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga. Akibat kesibukan di luar rumah bagi mencari rezeki dan keadaan diburukkan lagi apabila batas pergaulan tidak dijaga serta cara berpakaian yang menjolok mata, ada kemungkinan kejadian inses berlaku memandangkan mereka bebas melakukan apa saja tanpa dipantau oleh orang yang lebih dewasa.
e. Pakaian yang tidak menutup aurat (mengghairahkan) semasa berada di rumah
Orang dulu-dulu menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di bahagian luar. Sedangkan bagi peradaban dan dunia moden, tujuan demikian ditambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai apa yang disebut berhias, antara satu sama lain, masyarakat berbeza sesuai dengan faktor yang meliputi sesuatu masyarakat kedua-dua tujuan ini memang disyariatkan oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-A'raaf :
Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-A'raaf :
Wahai anak-anak Adam Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup "aurat kamu, dan pakaian perhiasan: dan pakaian yang berupa taqwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-nya kepada hamba-hambaNya supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Pakaian yang menghairahkan ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang mengancam itu. Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu.
No comments:
Post a Comment