HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 14, 2012

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Bismillah...
xTra vaGanza

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang m...engandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.


2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! (betol tu,,,ai sedang mrindui saat2 itu)


3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! (ms tu, mata dh rupa mcm mata panda)


4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. (ya...)


5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..(slalu amik EL guaguagua)


6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)  (huhuhu)


7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.(tgk je kisah2 kanak2 dbunuh dgn kejam,mcm Dirang sure kita rs sedih sgt)


8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.(bayang2)


9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!


10- Kita akan lebih menghargai diri kita.(mhargai kesihatan diri sendiri kerana nk mjaga mereka dgn baik)


11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.( perghhh selalu tu)


12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.


13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. (yuppp)


14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.


15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.


16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!


17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!


18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.


19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.


20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Popular ker..