HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 13, 2012

Atasi anak2 kencing malam

Bismillah...
xTra vaGanza

Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun masih kencing malam.Jika masalah ini terjadi kepada anak anda,anda harus wajar mengetahui punca dan cara mengatasinya.

Apakah ENURESIS ?Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam.
ia berlaku disebabkan
-> ruang pundi kencing yang kecil
-> gangguan tidur,
-> kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.hormon ini penting untuk mengurangkan penghasilan kecing malam

Jenis-jenis kencing malam
-> kencing malam hanya di waktu malam (peringkat awal nokturnal enuresis)
-> kencing malam di waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing)- perlu penilaian oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.

Pontensi & Komplikasi
-> boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dan malu dalam diri kanak-kanak berkenaan. Ia boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan maslah sosial.
-> tekanan di dalam keluarga seperti sering dimarahi .

Cara rawatan-> bersikap positif.elak memarahi sebaliknya beri ganjaran pada anak sekiranya dia tidak kencing malam
-> guna jam loceng untuk membangunkan anak anda setiap kali bila ia kencing malam.bertujuan untuk melatih mereka agar tidak tidur terlalu nyenyak dan mudah bangun apabila terasa ingin kencing.
->guna ubatan untuk membantu anak anda dan dabatkan bantuan doktor
-> Enuresis biasanya akan bertambah baik bila umurnya meningkat.

Cara lain
-> jangan salahkan anak anda ,ini bukan kesalahan yang disengajakan, ia adalah sejenis penyakit yang dihadapi oleh segelintir kanak-kanak.beri motivasi kepada anak anda untuk atasi masalah ini.
->kurangkan minum di waktu petang dan malam.ia mengurangkan pengumpulan air kencing yang berlebihan
-> bangunkan anak anda ditengah malam 2-3 kali untuk kencing.ia boleh mengelakkan kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
->gunakan lapik tilam kalis air.dapat menjimatkan masa anda untuk mengemas watu pagi sekaligus mengurangkan stres anda..


mujur la azeem n diena dh xpakai pampers lg sejak masing2 umur 3 tahun lebih...kencing mlm pon x..mmg strsss la mmula..lama2 ok..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Popular ker..