Bismillah...
xTra vaGanza
KUALA LUMPUR: Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.
Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.
Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.
Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.
Bagaimanapun, difahamkan kehadiran pasangan itu bertujuan menemani saudara mereka yang mempunyai urusan di kaunter berkenaan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak berusia lapan dan lima tahun
Sementara itu, sumber rapat pasangan itu yang enggan identitinya didedahkan menyifatkan berita aktres jelita dan suaminya hadir ke mahkamah adalah sesuatu yang mengejutkan. “Vanidah menjalani penggambaran sebuah program televisyen di Melaka pada Khamis hingga Sabtu lalu. Malah, dia datang bersama suaminya dan Rashidi turut menemaninya hingga Sabtu. Cuma Rashidi bergegas pulang semula ke Kuala Lumpur pada petang Jumaat kerana ada temu janji penting dan kembali menemani Vanidah pada sebelah malamnya. “Mereka bukan saja bermalam bersama, malah sepanjang penggambaran dilakukan, Rashidi sentiasa setia menunggu isterinya dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Mengenali Rashidi yang mesra dan gemar berjenaka, mereka tampak biasa dan tidak henti mengusik antara satu sama lain.
“Mana tidak terkejut apabila mendengar berita ini kerana saya tidak nampak pula sebarang masalah atau tanda yang memperlihatkan pasangan itu sedang menyembunyi kemelut kerana sepanjang penggambaran diadakan, kedua-duanya mesra dan romantik,” katanya. Sementara itu laman sosial peribadi, Twitter milik Vanidah turut tidak memperlihatkan sebarang masalah kerana masih melayan peminat serta teman-teman yang bertanya khabar
Tuesday, January 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular ker..
-
Bismillah... xTra vaGanza Sabtu lepas berpeluang g A Famosa Water World, Melaka... dh lama dok Melaka, br nie dapat g... last dulu, m...
-
Bismillah... xTra vaGanza Wallahualam...... Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita ...
-
Bismillah... xTra vaGanza 1biji kuning telur 250 butter 60 g gula halus 160 tepung gandum 20g serbuk koko 50g nestum 100g choc chip/ choc ri...
-
Bismillah... xTra vaGanza owhhhh byk gambar snap2kt terengganu... sila jgn jemu..huhuhu we ols 3 bulan lepas dh booking bilik kt Angulia...
-
Bismillah... xTra vaGanza mana nk dapat bilik mcm hotel cuma RM25! chalet murah2 kt cni pon koman2 RM45 tp musti kecit.. Rumah Perangin...
-
Bismillah... Xtra vaganza 2nd time cash out Nuffnang. Since dh lama xupdate blog pon dh bsawang. Xde la byk mana, blh la bli spasang d...
-
Bismillah... xTra vaGanza Alololo...cumilnya anak Aaron Aziz nie... rambut baru pas lik umrah yek Aaron...
-
Bismillah... xTra vaGanza arghhhhhhhhhhh dh lame xsambung n3 Kojo Gilo... ok ok meh sambung... we ols bgerak dr setiwan about kol 12 tghr......
-
Apartment 2 bilik hanya RM100! Pantai Indah ni dekat Jeram, Kuala Selangor.. klo nk lari dr kota, nk mmancing ke,nk cr remis ke, moh le ke ...
-
Bismillah... xTra vaGanza Ni la bangunan Keluargaku yang terletak di Bukit Baru.. mmg dekat benau dgn Masjid Al-Azeem (eh tu ejaan nama ...
No comments:
Post a Comment