HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 31, 2011

Lobang di tengah

Bismillah...
xTra vaGanza

Ntah pe la pesen anak dare ai sorang nie makan...







dia makan roti y dsapu jem jer...
(roti tu ai sapu susu pekat, ikot peberet ai)

y keliling tu, sape lg y tukang ngabihkan klo x ai...

Sunday, January 30, 2011

Giveaway_Kongsi Pendapat Anda Sebagai Isteri..

Bismillah...
xTra vaGanza





Jom beri pendapat anda....
Jom kita share sama2....

apa yang anda mahukan dari seorang lelaki bgelar suami selain tuntutan zahir dan batin?

belaian? perhatian?
kesetiaan y bpanjangan?

Cuma tinggalkan komen anda kt cni....
n mintak jasa baik promot giveaway ai ni

Ada hadiah untuk anda utk cabutan bertuah....

Tarikh tutup sehingga 30 Januari 2011
Birthday asben ai...

Apa y kita mahukan adalah yang terbaik dalam rumahtangga kan? yang baik kita kongsi, y buruk jadi tauladan

Jgn ada kontroversi yerk...

Friday, January 28, 2011

Lelaki minta bantuan polis elak isteri kuat seks

Bismillah...
xTra vaGanza

Lorrr.....

BERLIN: Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit, kata pegawai keselamatan semalam.


Jurucakap polis berkata, lelaki keturunan Turki - tetapi bermastautin di Jerman - itu pergi ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa untuk mengadu masalahnya.
Kata jurucakap itu, lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya.
“Semuanya gara-gara si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks,” katanya.
Hasil perkahwinan mereka sejak 18 tahun lalu, pasangan itu dikurniakan dua anak.
Kata jurucakap polis, lelaki itu nekad mahu bercerai dan keluar dari rumahnya dengan harapan dapat hidup lebih aman.

“Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,” katanya. “

Thursday, January 27, 2011

Boleh gak buat duit kat cni

Bismillah...
xTra vaGanza



juz g website HeartBeat

click Banner HeartBeat kat blog ai tu

or..


memula create account,
dah setel,

then cari MyHB Affiliate

then cari code untuk tepek kt blog korang...
cari pkataan ni

To place our banners on your website to make money, click here.


nanti dapat la banner mcm ai atas tu...
pilih banner ya sesuai....ai punyer xdan nk tukar...sekerat je kuar...

Wednesday, January 26, 2011

Bayi baru lahir ditikam 5 kali - ish...sadis...

Bismillah...
xTra vaGanza




SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang
 
“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.
“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.
Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.
Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.
“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.
“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.
Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.
“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Heyyy Seksi Lady...

Bismillah...
xTra vaGanza


"mama, cari baju mcm budak tu pakai."

kata mr bubu ms jenjalan kt shopping complex..dia soh carik bj y gantung kt leher tu..
mmg seksis la bj tu tp cute klo bebudak kecit pkai...
klo mak eh yg pakai, maunya ngandung nnt...hehehe

bukan slalu mr bubu kesah pasal pesen bj anak2..
ai rs mmg jarang para suami nk amik kesah...sumenya "sukahati ayg la"

tp kali ni dia betol2 kenan...
dia betol2 soh carik...akhirnya jumpe kat pasar malam Tampin..
(punye la jauh g pasar malam..dr melaka ke Tampin kejadahnya"

y bestnya cuma 5hengget...




sooo cute...
kata atok senah (mak ai)  "adik cekci la..."

Monday, January 24, 2011

Kuda ku lari gagah berani

Bismillah...
xTra vaGanza


KUDA KU LARI GAGAH BERANI...
KUDA KU LARI KENCANG..
HATI KU GIRANGGGGGGGGGGG....

 




kuda yang hanya beroperasi pd hari Sabtu n Ahad sahaja...
hari yang lain, abah Work....
kuar gelap, balik pon gelap...

Thursday, January 20, 2011

Budak 22 bulan merayau di hutan

Bismillah...
xTra vaGanza



SLIM RIVER: “Saya tidak menolak kemungkinan kehilangan cucu disebabkan unsur ghaib kerana secara logiknya, tidak munasabah kanak-kanak berusia setahun 10 bulan mampu berjalan kaki hampir tiga kilometer ke dalam hutan bersendirian dengan berkaki ayam.
“Apapun kami bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan sihat meskipun ada sedikit kesan calar dan tiada perkara buruk menimpanya,” kata Abdul Wahid Nordin, 52, datuk kepada Nor Aishah Umairah Zamzanuri yang ditemui selamat pagi semalam selepas hampir dua hari dilaporkan hilang.
Nor Aishah yang dijaga neneknya di Kampung Lintah, Kampung Ulu Slim, dekat sini, sementara ibu bapanya, Zamzanuri Salleh, 28, dan Nor Awani Abdul Khalid, 28, bekerja dan tinggal di Ipoh, ditemui dalam ladang getah kira-kira jam 7.30 pagi oleh dua Orang Asli yang kebetulan lalu di kawasan itu dan mendengar suara tangisannya.
Biarpun selepas lebih 18 jam bersendirian sejak dilaporkan hilang kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, selain sedikit calar di kaki dan kesan gigitan nyamuk di beberapa anggota badan, secara keseluruhan keadaan Nor Aishah sihat.

Namun, apa yang mencetuskan misteri ialah lokasi kanak-kanak itu ditemui iaitu dalam ladang getah di pinggir kampung berhampiran hutan dan kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya.
Malah, operasi mencari dan menyelamat yang disertai lebih 70 orang termasuk 25 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River yang diketuai Penolong Penguasa, Meor Mohd Ali Meor Husin, polis, penduduk kampung dengan dibantu unit anjing pengesan bomba, juga sudah mencari di sekitar kawasan berkenaan pada petang kelmarin, tapi gagal menemuinya.

Zamzanuri turut mengakui kehilangan anaknya itu agak misteri kerana lokasi kanak-kanak itu ditemui di tengah ladang getah berhampiran hutan dan jauh dari rumah penduduk.
“Apapun, saya anggap semua ini ketentuan Tuhan. Paling penting anak saya ditemui dalam keadaan selamat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari sejak tengah hari semalam (kelmarin) dan berhajat mengadakan kenduri kesyukuran,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanjung Malim, Deputi Superintendan Anuar Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kenapa masih di sini...

Bismillah...
xTra vaGanza


woooahhhhhhh..
Kenapa Melaka xcuti hari nie....

korang cuti g Batu Caves ker?
huhuu jgn mare...
ai sedang tekun bekerja nie...
selamat bcuti pada negeri2 y amik cuti hr nie

Wednesday, January 19, 2011

Yang mana satu neh..

Bismillah...
xTra vaGanza


masa jenjalan kt Jusco Bandaraya, mr bubu ujian teka minda kt azeem...



kelihatan azeem sedang kusyuk mlihat...sambil jari di dagu...

"mana satu ek..."



owh...ada 2 kete viva...
azeem dkehendaki mngecam kereta suspek...woahhhh mcm polis plak...
azeem kene cam mana 1 kete kita org...





yeah...azeem bjaya mneka mana 1 kete kami..
agaknya pe y dia tgk ye?
sudah tentu aspek kbersihan..
kete kami sentiasa bersih bbanding ngn kete y lg 1 tu...

  kelihatan azeem berada di depan kete kami..

"ni kete mama..."

"tu bukan kete mama..."

ye...kete kami mmg slalu bersih...

bersih bkilau2 tu xde la..takat ala kadar je..

Tuesday, January 18, 2011

Kelibat Vanidah, Rashidi di mahkamah cetus persoalan

Bismillah...
xTra vaGanza

KUALA LUMPUR: Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.
Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.
Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.
Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.
Bagaimanapun, difahamkan kehadiran pasangan itu bertujuan menemani saudara mereka yang mempunyai urusan di kaunter berkenaan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak berusia lapan dan lima tahun

Sementara itu, sumber rapat pasangan itu yang enggan identitinya didedahkan menyifatkan berita aktres jelita dan suaminya hadir ke mahkamah adalah sesuatu yang mengejutkan. “Vanidah menjalani penggambaran sebuah program televisyen di Melaka pada Khamis hingga Sabtu lalu. Malah, dia datang bersama suaminya dan Rashidi turut menemaninya hingga Sabtu. Cuma Rashidi bergegas pulang semula ke Kuala Lumpur pada petang Jumaat kerana ada temu janji penting dan kembali menemani Vanidah pada sebelah malamnya. “Mereka bukan saja bermalam bersama, malah sepanjang penggambaran dilakukan, Rashidi sentiasa setia menunggu isterinya dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Mengenali Rashidi yang mesra dan gemar berjenaka, mereka tampak biasa dan tidak henti mengusik antara satu sama lain.
“Mana tidak terkejut apabila mendengar berita ini kerana saya tidak nampak pula sebarang masalah atau tanda yang memperlihatkan pasangan itu sedang menyembunyi kemelut kerana sepanjang penggambaran diadakan, kedua-duanya mesra dan romantik,” katanya. Sementara itu laman sosial peribadi, Twitter milik Vanidah turut tidak memperlihatkan sebarang masalah kerana masih melayan peminat serta teman-teman yang bertanya khabar

Monday, January 17, 2011

‘Ibu suruh saya dirogol’

Bismillah...
xTra vaGanza

KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.
Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.
“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.
Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.
“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.
“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.
Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.
Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.
“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.
“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.
Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.
“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.
Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

Friday, January 14, 2011

Bayi buta ditumbuk ibu

Bismillah... xTra vaGanza

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.

Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.
“Mangsa dihantar ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanakitu tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.
Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya, warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
“Polis membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental atau tidak,” katanya.
Menurutnya, wanita itu direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

kene amik 2...

Bismillah...
xTra vaGanza

klo g JJ musti ada kete tolak menan tu kan? kete y mcm nie...


huhuhu klo ai, musti kene amik 2,
1 utk azeem, 1 utk diena

klo amik 1, musti ada y mraung or adegan tolak mnolak dlm kete tu...
y konker, mustilah azeem...sudahnya, adik mraung

bila amik 2, mr bubu handle 1, ai handle 1...
xdapek nk jalan2 pgg tangan...huhuhuhhuhu

Thursday, January 13, 2011

Jaman Muda-muda

Bismillah...
xTra vaGanza


huhuu tjumpe pic2 lame ms jaman muda mudi dulu dlm FB

tingat sume kawan2 srumah, skolej, skelas...


owh ai dulu studi kt melaka...Kolej Yayasan Melaka, diploma under UTM...
pas grad, keje jap kt Putrajaya, then pindah Melaka...
agaknya aura Melaka nie kuat kt ai n mr bubu...
mr bubu pon bukan org cni, dia org gombak..tp study kt UTHEM, Melaka


 pic bawah nie ms dok berembun kt Melaka Sentral..
ms nie Melaka Sentral br rasmi lg...


ni jaman Konvo kt UTM Skudai...
ms nie mr bubu ikot skalik..hehehehe
dia y jd driver bawak mak abah ai g Skudai


sedar2 dh btambah 1 angka thn nie

Wednesday, January 12, 2011

Mama Ummi...owhhh Mama Ummi

Bismillah...
xTra vaGanza


satu petang, sedang asyik mlayan si bujang azeem bceloteh,
tetibe kuar dr mulut dia pkataan

"mama Ummi"

hahaha mama ummi tu ai la...ai kan nama Ummi..

ni musti pasal slaloo kompius bile dia bcerita, org akan tanya "mama y mana ni?"

sebab, pngasoh pon dia panggil mama ...
so nk mudahkan n nk faham dia bcerita, ai bahasakan pengasoh tu "mama Ida"
tp ai tetap "mama" sahaja...

tp sejak dua menjak ni dia leh panggil ai

"mama Ummi oooooooo mama Ummi"
"ni mama Ummi, ni mama Ida"
"ha....tu dia mama Ummi"

hahahaha macam lawak je....dh mama, ummi plak...

so skrg klo dia bcerita, senang paham la sape y dia maksudkan...
cth :

azeem : adik, jgn usik, nnt mama marah...(dia marah adik)
ai : mama mana azeem?
azeem : mama Ummi...



ai : td mandi gosok gigi x?
azeem : gosok...
ai : sape gosokkan?
azeem : mama ida...


Sukarnya carik saiz...

Bismillah...
xTra vaGanza


Susahnya klo dapat baju free...


aik? apasal plak kan?
patotnya hepi la dapat free, tambah koleksi....

tahun lepas..ada la aktiviti Bowling org2 polis nie...
kerani cam ai pon join...

so, Balai ai carik la sponsor kilang utk wat tshirt (ayer keroh kan banyk kilang)
so dapat la sorang 1...
siap ada nama lagik...



wakil Ayer Keroh



tp masalahnya, susah benau nk carik saiz ai...
saiz international kata kilang tu...
so  tpaksa la ai pkai saiz M

GEDEBEH...BESAU...
 klo angkat tangan sure nmpk ketihak...


dlm pic atas tu, ai adalah si kecik sekali tu...
tgk la, besar amat..maik tserlah ketinggian kependekkan ai

so, kesimpulannya, bj itu layak utk mr bubu dengan tertulis nama isterinya...

Tuesday, January 11, 2011

Tido telingkup

Bismillah...
xTra vaGanza

Pic y disnap pd cuti ujung mggu...
anak branak tdo depan tv dgn aksi yang sama


TIDO BERTELINGKUP...



Ganas tol anak dare ai tdo...

Owh...dh jd paparadzi

Bismillah...
xTra vaGanza


owhhh azeem dh mula mnunjukkan ciri2 mengikut hobi ai...
ni cobaan nya yang pertama...

mmula kene la abahnya tulun pegangkan tangan...


XBERAPA NK TERER LG LA ABAH...




sekarang dia dh pandai soh kita senyum...
kononnya dia nk amik gambar ai la...
so kene la paksa senyum....

dh pandai main kamera, so kene awasi betol2
coz rosak nnt beratus nk betolkan..

Friday, January 7, 2011

Citer pasal baru

Bismillah...
xTra vaGanza

ada org, asal tahun baru je nk sume baru...

mana yang duit terlebey tu dapat la kete baru, baju baru, kasut baru...
mcm ai....(erk...bukan duit tlebey tp ada sale)

dlm miggu ptama tahun baru, dok lanyak kasot baru..xpandang kasot lame wpon masih elok...
kot2 dh boring kang, br la pkai y lama...



lagi 1, ai ada rambut baru...
ai botakkan rambut ala2 bnazar...

hahaha, sanggup ke cik yah oittt...

ai potong pendek jer...


bukan apa...senang nk mandi wajib...
chihuahuahua...

eleh....korang sbnrnya mengiyakan jugak kan?

yes! berjaya

Bismillah...
xTra vaGanza

hahuahuachihuahua.

Yes! berjaya jua memecahkan tembok nekad mama...
berjaya memujuk rayu mama sampai mama cair...
berjaya melepaskan gian...huhuhuu


tahun lepas, ms birthday eirdiena y ke-2,
ai nekad nk stop BF...

tp xsampai hati uols...


kata mr bubu,
"bg la adik susu lg mama, sian dia...kan dapat pahala..."

so skrg masih lg BF tp xle kerap..stakat mlepaskan haus tgh malam je..
N SEKADAR NK MANJA2..HUHUHU

Wednesday, January 5, 2011

Pendapat2 blogger

Bismillah...
xTra vaGanza

seronok baca pendapat blogger dlm giveaway ai y btepek kt atas tu...
yang mana suaminya prihatin, alhamdulillah...
smoga trus mcm tue...
yang mana suami jauh, ada hikmah dsebalik bjauhan tu...
mcm ai, ai pon penah PJJ (perkahwinan jarak jauh)
ms tu preggy anak sulung sampai la lg nk sbulan bsalin, br dapat pindah...

ms tu, g klinik sorg2 je g check up...jalan kaki plak tu dr flat hijau presint 9 ke klinik kt petronas tu..
sedey je tgk pasangan lain bpegangan tangan teman isteri..
owhhh ai dh rasa sume tu

tp akhirnya dapat gak ai pindah ke melaka bsama mr bubu...
anak k2 plak ada ms g sorg gak...ada ms dia temankan..

kita kan manusia biasa...ada ego, ada pendirian...
kadang kita pikir, pasangan kita kurang itu ini...tp kita xsedar kita pon memiliki kkurangan...
betol x?

so, pendapat2 para isteri ini ai nk kumpulkan...nk baca n share sama2...
nnt ada ms, kita bg para suami baca...
next, klo de pendapat2 para suami, kita para2 isteri plak baca...

kita di dunia ni ada bahagian masing2...


Tuesday, January 4, 2011

Bapak kepada segala durian

Bismillah...
xTra vaGanza




Biasa kita dengar "Raja kepada segala buah"...
ni ai nk tunjuk "Bapak segala durian"..



hanya boleh didapati di pasaraya2 terpililh...


cube teka kt mane durian nie?
teka teki suka suki

Bercuti xhenggat dunia...

Bismillah...
xTra vaGanza



Mggu lepas ai bcuti seminggu...sminggu gak ai xhupdate blog nie...
turun la BE kali nie...

mulanya ai cuma amik cuti 3 hari je...n sepatutunya khamis n jumaat dh keje...
Oleh kerana pasukan bola kita handal n mbanggakan, so PM bg cuti hr Jumaat lepas...
so mggu lepas ai keje sehari jek smiggu tu

buang karan jer...

ai gile2 punyer bcuti...
bcuti dsebuah pusat peranginan...
jom...tgk pic...
 









hahaaha
ai tipu  tipu...sume tipu belaka
ai cuma balik kampung ai kt muo jer...
pic2 nie sume kt muo jer, kt Pelabuhan Marina yang baru dirasmikan 25 Disember lepas...
muo kan sblh selat melaka...xde pantai je...cuma dkenali dgn Tanjung...


Monday, January 3, 2011

Bukan salah ai klo JJ wat sale...

Bismillah...
xTra vaGanza

Malam New Year kan ai lepak DAtaran MBMB...
mr bubu kata, smntara nk tg kol doblas, leh g JJ...

ha.......akibat g JJ, tersoping plaks...
tp bukan salah ai yer...
mr bubu y tunjukkan kat ai SALE 70% tu....


"ayg, kasut ayg 15 hengget je syg..."

ye, nie la kasut 15 hengget tu...selepas less 70%...
gile ramai org masa tu dok punggah kotak2 kasut...


namun ai bukan mama y lupa kan anak2....
bj anak2 tetap ai rembat...tp bj nie xle SALE gile2...
rege dia biasa2 je...


sian mr bubu ai cr spendot xjumpe y kenan...
huhuuhu


barang lelaki nie susah la nk jumpe murah...spendot pon sehelai mahal...
pompuan ada la gak jual kt JJ 10 hengget dapat 3...

Salah Dataran

Bismillah...
xTra vaGanza

Selamat Tahun Baru sume....
pe azam baru? soalan y wajib bila tibe tahun baru...
ai? huhuuhu
sjujurnya, tlupe nk pikir pasal azam...tp mahukan y tbaik dr tahun 2010...
mybe tahun 2010 tahun kejatuhan...tp 2011 nie biarla y terbaik n bangkit semula...

new year kt melaka mmg happening...mana xnya, seluruh pelusok jammed...
sume tempat lepak, ramai org....
we ols lepak kt Dataran MBMB y sebelah Jusco Ayer KEroh tu...
kata mr bubu, smentara nk tg kol doblas tu, leh g jenjalan kt JJ ke, kt MElaka MAll ke...
leh beli kudap-kudapan ms nk lepak dataran...

mr bubu awal2 lg dh standby tikar tau utk kitaorg jd kutu malam...
siap air mineral, n roti..
kt umah dh makan mlm siap2.


 Dataran MBMB y penuh org

 bekalan susu y xdlupakan..cr masalah la klo xbawak...







 huhuhuhu
bila tiba jam doblas y dnantikan, hanya ada bunga api org kawen nie je kt Dataran MBMB...



Sebab kitaorg salah Dataran....
y ada munge api best2 tu kt Dataran Bersejarah....ala...y kt Zoo Melaka tu...
hahahaha
melopeh la jang oit....


ops...kt melaka nie ada Dataran MBMB, Dataran Bersejarah, Dataran PAhlawan...
Related Posts with Thumbnails

Popular ker..