HeartBeat

mEh Kenal2

My photo
Lebih dikenali dengan nama Bukhairiah yang thasil dari gabungan bunga2 chenta antara Bukhari dan Khairiah. Nama sebenar ai Ummi Khairiah Kassim...anak kelahiran Muo,Johor, bbintang Pisces tahun 1983...menetap dan mcari rezeki di Melaka...punya suami y romantika d amor,Ahmad Bukhari...punya sepasang anak,Ahmad Saiful Azeem dan Ummi Nur Eirdiena...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 12, 2009

DOA H1N1 yang sesat..

xTra vaGanza


DOA H1N1 yang sesat...SEBARkan. ..



Soalan:

Assalamualaikum Ustaz,Dalam kerisauan penularan wabak pandemik H1N1 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia mutakhir ini, banyak email yang saya dapat berkenaan doa-doa yang boleh diamalkan untuk menghindarinya. Salah satunya termasuklah seperti yang saya lampirkan.
Mohon pendapat ustaz berkenaan doa tersebut.

Adakah boleh kita mengamalkannya? Ada yang menganggap ianya dari syiah. Mohon penjelasan.


Terima kasih,

Syukor,Kuala Lumpur



Jawapan:


Waalaikumsalam. ..

Selepas meneliti kandungan risalah yg dilampirkan, saya dapati ada banyak keraguan dari sudut kenyataan, kandungan dan matan doa itu sendiri.Antaranya adalah seperti berikut :

1. Status Syeikh Ibnu Ahmad At-Tamimi Al-Malizi yang dikatakan Murshid. Tidak pernah saya terbaca dalam mana-mana kitab himpunan ulama'-ulama' tanahair ada ulama yang dikenali dengan nama tersebut.

2. Di bawah risalah tersebut dinyatakan, disediakan oleh ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb Sakiran, Bahagaian Dakwah Bebas JAIS, kategori D1, D2 & D

3, beserta no rujukan fail dan no HP.Untuk pengetahuan tuan, ada banyak keraguan di sini :


i. Tidak wujud pegawai dengan nama tersebut bertugas di Bahagian Dakwah JAIS.

ii. Tidak wujud yang dinamakan "Bahagian Dakwah Bebas" JAIS

iii. D1, D2, & D3.. setahu saya ia adalah kod bagi kategori kad tauliah mengajar. Jadi, apa kaitan dengan bahagian dakwah JAIS yang dinyatakan.

iv. No HP yang tertera telah cuba dihubungi, tapi tidak diangkat.


3. Matan doa yang di tulis juga mempunyai banyak keraguan.

i. Dari sudut maknanya, ia seolah-olah bukan doa yang dipohon kepada Allah, tetapi tawassul yang dipohon kepada manusia. Ulama bersepakat bahawa haram bertawassul dengan memohon kepada makhluk. Yang dibolehkan adalah tawassul dengan kemuliaan dan keberkatan orang soleh dan hajat tetap dipohon kepada Allah.

ii. Doa tersebut jelas tidak mengandungi perkataan dalam bentuk apa-apa doa, permintaan hajat kepada Allah. Hanya sekadar tawassul kepada 5 orang yg disebutkan dalam matan ayat tersebut.


4. Saya mengandaikan, ini adalah surat berantai yang disebarkan oleh individu tertentu dan tidak mempunyai apa-apa sandaran nas juga tidak warid (bersambung) dari Rasulullah SAW.Oleh itu, abaikan sahaja dan wajib kita hindari apa2 amalan yg tiada sandaran nas daripada al-Quran dan al-hadith.Sekian.Wallahu a'lam bis sowab.


Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal
Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar


haaaaihhh..naper la manusia nie..suka suki dia jer wat tajuk doa H1N1..zaman nabi dulu mana ada huruf2 rumi nie..doa untuk hindar penyakit ada ler...

1 comment:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

uishh.. bahaya gak ni.. kang silap doa, kita yg dapat bala..

Related Posts with Thumbnails

Popular ker..