UNTUK MEREKA YANG ADA ANAK Kecil...masih belum terlewat utk mengubahnya... Kenapa suka cium anak? Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi." Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail . Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." Wallahualam bissawab... |
Tuesday, August 11, 2009
Kenapa suka cium anak?
xTra vaGanza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular ker..
-
Bismillah... xTra vaGanza Sabtu lepas berpeluang g A Famosa Water World, Melaka... dh lama dok Melaka, br nie dapat g... last dulu, m...
-
Bismillah... xTra vaGanza Wallahualam...... Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita ...
-
Bismillah... xTra vaGanza 1biji kuning telur 250 butter 60 g gula halus 160 tepung gandum 20g serbuk koko 50g nestum 100g choc chip/ choc ri...
-
Bismillah... xTra vaGanza mana nk dapat bilik mcm hotel cuma RM25! chalet murah2 kt cni pon koman2 RM45 tp musti kecit.. Rumah Perangin...
-
Bismillah... xTra vaGanza owhhhh byk gambar snap2kt terengganu... sila jgn jemu..huhuhu we ols 3 bulan lepas dh booking bilik kt Angulia...
-
Bismillah... xTra vaGanza Alololo...cumilnya anak Aaron Aziz nie... rambut baru pas lik umrah yek Aaron...
-
Bismillah... Xtra vaganza 2nd time cash out Nuffnang. Since dh lama xupdate blog pon dh bsawang. Xde la byk mana, blh la bli spasang d...
-
Bismillah... xTra vaGanza arghhhhhhhhhhh dh lame xsambung n3 Kojo Gilo... ok ok meh sambung... we ols bgerak dr setiwan about kol 12 tghr......
-
Apartment 2 bilik hanya RM100! Pantai Indah ni dekat Jeram, Kuala Selangor.. klo nk lari dr kota, nk mmancing ke,nk cr remis ke, moh le ke ...
-
Bismillah... xTra vaGanza Ni la bangunan Keluargaku yang terletak di Bukit Baru.. mmg dekat benau dgn Masjid Al-Azeem (eh tu ejaan nama ...
3 comments:
kin suke cium sarah.
Cium bangun tido. sebelum tido. wangi & masyam2 wangi..hehehe
masyam2 diaorg nie mmg sedap...cam lemak2 jer...sedapp..cam puas cium
abah suker cium mama... azeem... dina...huhuhuu..raser feeling lain cium mrk..raser bahagia...
Post a Comment